Friday 26 August 2011

rindunya !

hari ini Jumaat,
26 Ogos 2011,
bersamaan 26 Ramadhan,
adik-adikku yang berada di kejauhan akan mula bercuti dan
pulang ke rumah.
:)

sebagai kaklong,
aku sangat teruja dan tak sabar !
tak sabar nak jumpa angah, 
**agaknya apa buah ole-ole angah untuk kaklong?
;)

angah belajar di Politeknik Sultan Idris Shah,
Sabak Bernam.
kaklong pun tak sabar nak jumpa azry,
**dah hampir setengah tahun tak jupe deyi..
rindunyaa !
=.='

Azry belajar di salah sebuah pondok di Kok Lanar,
Kedah.
kepada asyraf yang dah 2 minggu tak jumpa,
**kaklong pun rindu serap dugak !,
bak kata aemeer.
:)

Asyraf belajar di sekolah berasrama,
SMK Jengka 12, Pahang.
Angah dan Azry akan naik bas ke Kuantan dari tempat masing-masing.
kaklong doakan semoga perjalanan kalian adik-adik akan berjalan lancar
dan selamat sampai ke destinasi yang di tuju,
insyaAllah.
:)

Kepada Asyraf,
sabar menanti di pintu pagar macam selalu ye?
nanti ayah, ibu, kaklong, abang dan adik-adik yang lain datang,
dan kita akan pulang ke Kuantan sama-sama,
insyaAllah.
:)

dan,
kepada adik-adik yang ada kat rumah ni :
Afnan, abang sulong.

Sara dan Auni

Aemeer Hamzah

kita akan berpuasa bersama-sama semua ahli keluarga kita.
tak sabar, kan?
:)

walaupun kita hanya dapat berpuasa bersama-sama sekeluarga
hanya lebih kurang 3 hari sahaja lagi,
tapi kita gunalah peluang yang tinggal ini untuk merebut sebanyak
pahala dan ganjaran yang boleh.
jangan biarkan Ramadhan berlalu dengan sia-sia.
InsyaAllah,
hidup kita sekeluarga akan dirahmati Allah.
Amin.
:)

tak sabarnya nak berkumpul semua kita 8 beradik dengan ibu dan ayah.
HAPPY FAMILY FOREVER !
InsyaAllah.
:)

Monday 22 August 2011

kopi-kopiah !

memandangkan hari ini ialah
22 August 2011,
maka kali ini
aku saja-saja nak bercerita 
mengenai jiwa-jiwa,
bunga-bunga sikit.
HAHA 
:D

teringatkan peristiwa 5 tahun lalu,
22.08.2006
di mana
peristiwa aku mengenali
seorang lelaki
bernama
MOHD HAFIZZUDDIN BIN MOHD AINI
(encik kumbang hati)
wah ! gitu ~
:P


5 roses represent 5 years of friendship
:)

perkenalan yang tidak di rancang,
yang sangat kelakar
bila aku kenang-kenang.
=.='

by the way,
TERIMA  KASIH 
kepada 
NORKHAYATI BT JAMA
kerana
memperkenalkan kami,
juga secara tak sengaja.
:P


***

Melaka
KOPI-KOPIAH ?
panjang ceritanya..
biarlah menjadi cerita kami.
:)



***



5 tahun tu lama kan?
macam tak terasa lama pulak aku kenal encik kumbang ni..
:)



***




Mid Valley
Dear Hafizz,
Soul-mates are people who bring out the best in you.
They are not perfect but are always perfect for you.
so,
Would you be my soul-mate?
Would you bring out the best in me as you are always perfect for me?
:)
Thank you Hafizz as you always be by my side
whenever I need you.
We shared our joy so we gain double joy
we shared our sorrow so we gain half of the sorrow.
Thanks again.
:)

My dear,
I just want to let you know that,
I felt it shelter to speak to you.
:)


Thanks of being my  BEST and GOOD friend,
a friend that I can be alone with
and be comfortable in the silence.
You walk in when the rest of the world
walks out.
THANKS AGAIN !
:)

last but not least,
you're my best friend forever !
BFF !


***

tak mainlah ikat-ikat zaman sekarang ni.
:P
ini baru betul,
InsyaAllah !
:)
okay..ini sudah lebih !
:P



sorry for everything!
I love you.
:)







***




"  Ya Allah..


Jika dia benar untukku,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku.



Jika dia bukan milikku,
damaikanlah hatiku dengan ketentuan-MU.


Ya Allah.. Engkaulah tempatku bergantung harapanku.


Amin..  "


Saturday 20 August 2011

Soto Ibu !


20 Ramadhan,
buat pertama kalinya dalam hidup aku,
aku makan SOTO.
makanan jawa.
:)

sebelum ni tak tahu kenapa tak pernah teringin pun nak makan.

mungkin sebab aku bukan orang jawa,
jadi kurang pendedahan terhadap makanan bernama soto ni.
:)

mungkin juga sebab aku sendiri yang tak pernah mahu mencuba
sesuatu menu yang baru,
dek kerana malas nak ambil apa-apa risiko.
cett..macam apa pulak ada risiko.
yelaa..
kot tak kena dengan tekak aku ke kan.
maknanya, mengade lah tekak aku ni !
=.='

tapi,
tekak aku ni memang cerewet sikit.
sikit jelaa.
nak buat macam mana.
=.='

dalam entry kali ni,
aku dengan semangatnya nak ceritakan
pengalaman pertama kali
aku makan makanan bernama
SOTO.
:)

pagi lagi ibu dah bertanyakan kawan ibu
tentang cara menyediakan soto.
:)

aku dan ibu berkerjasama,
 berganding bahu,
bersama-sama 
menyediakan juadah berbuka puasa tersebut.

so,
 aku dan ibu membahagikan tugas
dengan adil sekali.
hoho 
:P

ibu mengarahkan aku untuk menyediakan begedil,
memandangkan aku pandai buat begedil.
pandai ke?
*pernah belajar dengan Kak Dila, ingat-ingat lupa.
:)

kata ibu, bergedil merupakan salah satu
rencahan yang terdapat dalam
SOTO.

ibu tak beli ubi kentang,
sebab ibu cakap ubi keledek ada.
aku gantikan ubi kentang dengan ubi keledek.

ini dia cara aku buat begedil,
cara aku lah.
:P

ubi keledek yang sudah di potong dan di goreng.
bawang goreng buatan sendiri :p

ibu cakap letak udang sedap.

daun sup.

daun bawang.
segala bahan-bahan di atas di campurkan dan ditumbuk
bersama-sama agar serasi.
kuikuikui 
:P

kemudian,
setelah dibentuk,
hasilnya: 
begedil yang sudah siap sedia untuk di goreng dengan bersalutkan telur.
selesai bahagian begedil.
:)



***




SOTO
 mengandungi bahan-bahan tersebut :

nasi impit.
sup.
soo hoon goreng.
begedil.
daun bawang dan daun sup.
taugeh.
tahu dan fish cake.
sambal kicap.

gambar rajah buat tatapan :

sup yang kowww !
ayam dah di asingkan.
masakan ibu tak pernahnya tak sedapp <3

rencahan : fish cake dan tahu.

taugeh :P

soo hoon goreng.
pertama kali aku tengok soo hhoon ni di goreng,
macam teruja bila tengok masa ibu goreng.
:)

ayam yang telah aku siat-siat dengan malasnya,
ibu sambung,
penat lah bu. :P

daun sup dan daun bawang si penambah dan penyedap rasa.

sambal kicap pedas ibu,
marvelous !!
:)


***

segala bahan-bahan telah siap disediakan.
:)

tunggu untuk makan je...
tadaaa~
:)

memang sedappp ! 
:)

KESIMPULANNYA :

SOTO
makanan Jawa yang sedap !
pengalaman pertama yang tidak mengecewakan.
berulang aku makan.
hee.

TERIMA KASIH IBU !
<3


Wednesday 10 August 2011

Taman Kasut !

hari Ahad, 7 Ogos yag lalu aku telah melepaskan rindu dendam dengan Izyan.
RINDU DENDAM ?
=.='

dia memang sahabat aku dunia akhirat.
InsyaAllah.
:)

aku sayang kau.
Izyan !

kami bersembang-sembang
di
TAMAN KASUT
yang terletak di
Felda Chini, Pekan, Pahang.

wah ! 
famous sekejap taman kasut ni.
memang tak pernah terduga aku akan lepak di sini.
sebab?
biarlah rahsia.
HAHA
:D

so,
aktiviti biasa aku dengan Izyan,
berborak-borak.

jika bukan  bulan puasa,
tentu aku dan dan Izyan dah cari kedai ABC sebagai port
'melepas rindu dendam'
sambil minum-minum boleh story-story.
:P

memandangkan hampir setahun kami tak jumpa,
banyaklah cerita aku nak cerita kat dia.
memang aku rasa aku je yang bercerita.
*kesian kau yan..terpaksa menjadi pendengar je.....
=.='
MAAF
wek :P

sambil sembang-sembang, boleh je bergambarkan?
:)

bukan selalu dapat pergi Taman Kasut ni wooo..


maka,
inilah hasilnya :

sebelah kasut lelaki.

sebelah kasut perempuan.

**sepasang kasut (lelaki + perempuan) inilah yang menyebabkan 
taman ini digelar
'Taman Kasut'
:P

wohoho..
agaknyalah.
pandai-pandai je aku.

ini muka aku tengah sakan bercerita 'hot story'
kat Izyan.


ini pulak muka Izyan yang khusyuk mendengar cerita aku.
:P


tengah syok cerita,
termasuk pulak topic gayat.
ye,
aku memang penggayat orangnya.
=.='
tapi..
aku berjaya panjat benda alah ni..
:)

bangga sekejap dengan diri aku.
sahut cabaran Izyan.
:P

**adik aku darjah 1 pun lepas setakat panjat benda alah ni
yang tak tinggi mana pun.
=.='


happy lah kononnya,
dapat main di taman rekreasi yang bernama
Taman Kasut.
:P


KAMI
**sayang kau !


apa yang lawak sangat Izyan oi?

**aku ingat, masa ni kita tengah sembang pasal,
kalau kita senyum kat orang, tak kisahlah kita kenal ke tak orang tu,
kalau dia tak balas balik senyuman kita, mesti kita rasa frust.
kan?
tapi, adakah kita senyum tu untuk mendapatkan balasan?
tak,kan?
takpe, senyuman itu sedekah.
kan?
Pahala wooo !
:)


tiba-tiba Izyan pose kat atas motor,
macam best je.
aku pon nak jugak yan !!
:P


yeah !
setelah berapa lama aku tak naik motor,
inilah masanya.
pagi tu aku bawak motor !!
yeeha !

**agak berbangga dengan diri sendiri sekejap,
sebab dah lama aku tak pernah bawak motor.
lama sangat.
trauma.
=.='

**aku pernah tengok mat rempit meninggal dunia depan mata aku.
pada 31 Ogos, bulan puasa,
time tu aku baru balik dari pergi bazaar ramadhan.
sejak tu, aku yang trauma nak naik motor.
betol.
=.='

tolonglah jangan bawak motor laju-laju.
please...

walaupu aku boleh lagi bawak motor,
tapi aku tak rasa aku berani nak bawak motor atas jalan raya.
pagi tu aku cuma try bawak kat padang Taman Kasut tu je.
InsyaAllah kalau benteng trauma aku tu dah menipis,
aku cubalah bawak motor di jalan raya.
:)

akhir kata,
Izyan,
terima kasih mencuri masa untuk diluangkan dengan aku.
:)

aku sayang kau Izyan !

nak tergelak segalak-galaknya bila ingat balik tragedi
aku sayang dia !
tapi aku kisah apa,
buat tak tahu sudah.
malu wooo !

Wednesday 3 August 2011

pengalaman 1 Ramadhan !

Salam Ramadhan.
:)

1 Ramadhan yang lalu,
tokngah ku di Kedah sana telah kembali ke rahmatullah.
Al-Fatihah.


Lepas sahur,
ibu dan ayah pergi menziarahi keluarga di sana dengan membawa tok dan tokwan,
serta keluarga paklong.

Sebagai kakak yang sulung,
aku diamanahkan untuk menjaga adik-adikku sementara
ketiadaan ibu dan ayah.

Ramadhan pertama merupakan cabaran hebat buat adik-adikku,
terutamanya Nurul Auni Fitreesya.
(Auni - 7 tahun)
bongsu perempuan.
dan 
Nurul Amylea Maisara.
(Sara - 9 tahun)
Sara dan Auni

Sara cool je.
bagus adik kaklong.
:)

Auni pulak termenangis pukul 4 petang.
sakit perut, katanya.
biasa lah tu.
:)

sewaktu aku sedang memasak bagi menyediakan juadah berbuka,
Auni datang ke dapur.

auni : kaklong............auni haus..............
kaklong : sabar lah sayang...nak dekat berbuka dah...kita kan puasa...
tak baik cakap haus...

dialog yang lebih kurang sama berulang dalam dua tiga kali jugak lah.
=.='

lepas tu,
auni : kaklong......auni haus.....
kaklong : minum jelah sayang......
auni : ??? (tercengang)

auni geleng kepala.
jawapan macam tu lebih berkesan nampaknya.
HAHAH
:D






***





sebaik azan berkumandang,
kami pun berbuka puasa dengan setiap seorang adik aku,
aku bagi sebiji kurma.
Alhamdulillah.
:)



then,
MAKAN.



***



lepas berbuka,
ibu called.


auni dan sara cakap dengan ibu.
macam-macam diorang complained.
komen tentang masakan aku.
=.='

antaranya :


daging kambing black pepper.
pedas sangat !
=.='

telur dadar
biasa jela.
no comment.

begedil?
huh.
malas banyak cerita.
failed !
=.='



HAHAH
:D

mendengarkan satu persatu komen mereka,
aku hanya jawab,
"kaklong pun puasa"
wekk :P


***


lepas tu,
aku pun masak semula daging tu.
bubuh air
sampailah
masakan tu dah tak pedas.

then,
mereka makan semula.
Alhamdulillah.
mereka boleh makan.
takda complain dah
:)



***



inilah dia.
auni

Auni dengan Muhammad Aemeer Hamzah




***



second day puasa,
aku lebih bersedia.

HOHO
:D

Auni masih lagi merengek hari ini.
:)



Alhamdulillah.
semua berjalan lancar.
:)




ibu called lagi selepas berbuka.
kali ini masakanku dipuji.
:)


auni : ibu..kaklong masak sedaap......
(bla..bla..bla..)
tersenyum aku.
:)


tib-tiba..

auni : ibu,tadi auni nangis..
syaitan yang ganggu auni..
syaitan cakap, "minumlah..minumlah.."
tapi auni tak minum pun ibu.


auni..auni..
:)




***



third day of Ramadhan,
Alhamdulillah dapat bersahur dengan ibu dan ayah.
:)



terima kasih adik-adik kaklong !
:)