Wednesday 30 November 2011

I love chocolates !



I just want to wish
A BIG THANK YOU
to you,
Encik Kumbang.

I got chocolates ! :)

bangun je dari tidur tadi,
dapat message,
si dia ingin menghantar coklat,
tak dan berapa minit,
si dia sudah berada di depan rumah.
:)

terima kasih daun keladi,
lain kali nak lagi !
hehe

look,
I sangat-sangat hargainya,
so, jangan pernah serik untuk bagi lagi,
lagi dan lagi dan lagi !
:)

so, it's the chocolates time !!



Thursday 24 November 2011

Lucu !

semenjak-dua-tiga-menjak ni,
banyak perkara yang melucukan berlaku dalam
persekitaran aku.
:)

pokoknya pada diri sendiri.
senang je,
jangan mudah melatah.
nanti dah melatah,
cakap pun berbelit-belit.
:)


failure defeats losers inspires winners.
yeah !
YOU are inspiring ME.
:D
by the way,
life doesn't get easier,
so, YOU just get stronger !
;)

bak kata orang,
jangan bermain dengan api.
simple,
tapi membawa maksud yang dalam.
:)

kita jaga kawasan masing-masing.

atau kata lain,
aku tak cari pasal dengan kau,
kau jangan cari pasal dengan aku.

:)

tapi sekali kau dah usik aku,
aku usik kau balik.
haha 
:D

***

gambar hiasan :


hehe
:)

Encik Kumbang yang pilih border bunga-bunga rose ni.
lucu jugak kan?
;)


hehe..teruja !
banyak ! tak pernah main snap photo sebelum ni..
lucu jugak kan?
;)

Mohd Hafizzuddin,
sedap jugak kan KFC tomyam tadi ?
hehe
thanks for everything ! 
:)

Aku Pencinta Kuda !

keluarga aku dan kuda memang dah tak dapat di pisahkan lagi.
ayah aku mula menjadi seorang pencinta kuda sejak aku tingkatan 3.
mungkin ada sebab tersendiri mengapa ayah aku berminat
dengan sukan berkuda dan seterusnya membela kuda.

hampir 7 tahun kami sekeluarga hidup dengan kuda,
Alhamdulillah..kuda jugalah salah satu 
punca rezeki keluarga kami. 

kalau nak cerita pasal kuda,
memang banyak !
suka duka, pahit getir hidup dan pengorbanan...
banyak di lalui bersama haiwan yang bernama kuda.
dari mula membela, sampai ke saat ini.

Marie (coklat) dan Fateh (krim) sedang lepak-lepak petang.

seriously,
kuda adalah binatang yang sangat memahami.
kadang-kadang,
kalau aku sedih, aku bersembang je dengan kuda,
aku cakap dengan kuda pandang mata dia,
rasa macam dia pun pandang aku,
dan ada connection di situ.
insyaAllah aku akan rasa tenang lepas tu.
:)



ini pula Win dan anak dia yang baru lahir di Taman Teruntom.
comel sangat anak dia.
anak kuda ni kan,
lepas je dia lahir,
beberapa jam lepas tu dia dah boleh berdiri, berlari.
tapi kelakar lah, kaki dia keras lagi.
:D

ini Jebat versi budget hot ! hehe
*kuda terkacak era ini.
kuda adalah binatang yang baik.
baik sangat !
TETAPI,
kuda ada pantang larang.
yang paling penting,
untuk keselamatan bersama,
kita dilarang sama sekali berdiri belakang kuda.
BAHAYA !
sebabnya ?
kuda akan rasa terancam bila ada sesuatu di belakangnya.
dia akan rasa dirinya dalam bahaya,
makanya, kuda akan terus mengangkat kakinya,
and..kick ! 
ha..sakit tau kena tendang dengan kuda.

keluarga aku memang dah lali kena tendang kuda.
banyak kali dah !
adik-adik aku tak payah cakap la.
macam-macam dah diorang kena dengan kuda,
tapi diorang tak pernah serik.
tapi aku tak pernah kena lagi la.
kena gigit pernah la sekali.
:P

yang kedua,
walau apa keadaan sekalipun,
tolonglah jangan berada berdekatan dengan kuda
kalau kalian tengok kuda sedang 
MENJAMU SELERA.
kerana ?
kuda akan rasa seolah-olah kita ni nak ambil makanan dia.
walaupun kita memang takda niat pun nak ambil makanan dia.
teringin pun tak !
=.='
adik aku pernah kena,
sebab dia nak angkat palang kandang je pun,
Fateh dah angkat kaki.
nampak dia angkat kaki macam cool and steady je,
tapi..dush !
bunyi dia..aku sendiri terkejut dengar ! tengok kat pintu dapur,
asyraf dah merangkak.
=.='
aku dengan ayah je panic,
dia cool je !
bibir dah berdarah.
kena tendang kat muka tu.
hu

tapi kan,
macam-macam mana pun adik-adik aku kena dengan kuda,
aku respect sangat kat diorang ni,
diorang tak pernah serik atau takut dengan kuda.
mungkin kuda dah sebati dengan jiwa mereka.
:)

dekat melaka, jumpa kuda putih ni,
rindu pulak kuda kat rumah.

seterusnya,
kuda juga macam binatang lain - sukar di tafsir.
yelaa,
binatangkan.

kalau kita naik kuda,
kuda pun ada mood tau.
kalau mood dia okay,
okay laa !
:)

kadang-kadang,
kalau kena part mood dia tak okay,
kau buatlah macam mana,
dia bad mood jugak.
so,
kat sini aku nak kongsikan sikit,
kalau kalian terjatuh atau dijatuhkan oleh kuda,
sebaik je bedebuk badan korang ke tanah,
silalah cepat-cepat berguling ke tepi,
menjauhi dia.
kerana masa tu pun dia bukan stabil sangat,
kalau dia pun gagal nak imbangkan badan dia,
bayangkan lah kalau kalian dihempap oleh kuda.
peh ! =.='
minta dijauhi.


kawan-kawan,
menunggang kuda adalah salah satu sukan yang disuruh oleh Nabi Muhammad.
Nabi pun sayang kuda.
:)

nak tunggang kuda tak susah,
nak bina keyakinan tu yang susah sikit.
:)

nak tunggang kuda ada terms yang perlu dipelajari.
dia akan act based on instructions.
penunggang kuda pasti akan terasa hebat sebab kuda hanya
dengar instructions in English.
hehe

"good boy..walk !"
sambil kick badan dia,
dia akan start walk.

sampai dah rasa selesa,
nak laju lagi,
" trot !"
sambil kick badan dia kuat sikit.

kalau nak laju lagi,
kick lagi kuat,
" canter ! "

hehe
lelaki pandai tunggang kuda ni macho tau!
:)

**kick pada badan kuda akan menambahkan kelajuan mereka.
be careful ! :)


Afnan bawak Jebat.
salah satu aktiviti di Taman Teruntum.

penjagaan kuda bukanlah senang,
dari segi pemakan dan pengurusannya.
kuda kalau sakit, payah dan lambat nak baik.

pernah kuda ayah sakit perut,
sampai nazak. sebelum dia meninggal,
sempat tokwan sembelih.
dan macam-macam cerita lagi la.
pendek kata,
kuda memang sangat sensitif.

hingga ke saat ni,
dah banyak nama-nama kuda yang pernah wujud dalam hidup kami,
tapi aku nak mention semua pun dah tak ingat.
Akashi, Quinardo, (bla..bla..bla.tak ingat)
tapi kuda pertama yang aku tuggang ialah
'LUCKY'
seekor kuda jantan yang sangat baik.
aku selesa tunggang dia buat pertama kalinya aku tunggang kuda.
sejak dari itu,
aku request kat ayah,
nak naik Lucky.
tapi dia dah meninggal.
:(

anak-anak kuda, comel kan? :)
kuda ada IC tau,
nama dan identiti mereka adalah berdaftar.
sebab tu mereka ada nama yang sedap-sedap.
hehe

anak kuda berekor kontot macam kambing.
duk bersembang dengan arnab. hehe. gosip.
Pinto bersama kaklong dan kakngah.
Pinto kuda betina yang cantik,
tengok kaki dia, macam pakai stokin.
:)

ha..ini Jebat tengah makan.
jangan duduk dekat dia !
:)

ini Fateh !
kuda betina yang baik.
:)

ayah baru je beli Fateh ni.
Alhamdulillah,
Fateh ni baik sangat !
dah pandai bantu kami sekeluarga dalam perniagaan.
:)

Afnan tunggang Jebat, yang nampak kepala tu Win,
yang nampak belakang berkaki stokin tu Pinto.
:)
Jebat ni seekor kuda jantan yang sangat agresif pada mulanya.
masa ayah aku baru-baru beli,
memang sangat agresif kuda jantan seekor ni.
tetapi,
aku tabik spring lah dekat Afnan sebab berkat didikannya,
Afnan berjaya melembutkan hati Jebat
menjadi seekor kuda yang baik
dan mendengar kata.
dulu memang aku tak berani langsung la nak sentuh dia.
sekarang tidak lagi.
:)

aku tak pernah la dapat buat macam ni,
aku harap bakal suami aku nanti boleh la belajar dengan adik aku.
hehe

Jebat cool !
hehe

akhir kata,
aku ingat kata-kata Afnan,
"sekalipun akan datang keluarga kita dah tak mampu
nak membela kuda,
Anan tetap akan teruskan perjuangan keluarga ini.
Anan akan bela kuda"

sungguh aku terharu !
ya..kuda memang sebahagian hidup kami.
sedangkan aku sendiri bahasakan diri aku sebagai
kaklong pada mereka.

aku pun akan terus menyayangi dan mencintai mereka,
insyaAllah !
:)

Monday 21 November 2011

To Ponder,

Yes.
I do agree with that !
Attitude reflects the real us.

Especially to girls : 
(reminding myself too)


no matter what,
it is quite possible to satisfy everybody.
but at least,
we try our best to be our own self.
:)


Allah is always by our side.
InsyaAllah !
:)

Oh HAWA !
for you.
to my beloved HAWA, 
don't be too desperate to be loved,
stop chasing over the taken guy.
don't show your desperation,
it's not PRIDE,
it's SELF-RESPECT.

so, please respect yourself.
:)

Everybody is beautiful in their own way,
but..



be GOOD to you.

be yourself, truthfully.
accept yourself, gratefully.
value yourself, joyfully.


believe that,
if he wants you,
he will chase you.
because..
love is combination of two,
to love and to be loved.


If it is written that he is yours, insyaAllah he will be yours.
Believe in Allah !
:)

sometimes...


therefore,
don't waste your time with all these nonsenses !
sometimes you have to try not to care,
no matter how much you do,
because sometimes you can mean NOTHING to 
someone who means SO MUCH to you.

be GOOD to you.
forgive yourself completely
and treat yourself generously.
bless yourself abundantly
and love yourself wholeheartedly.


ladies,
the most beautiful people in the world
are NOT those with attractive faces or skinny body,
but those who know how to respect 
the beauty of others.
:)

I choose to live by choice not by chance,
to make changes not excuses,
to be motivated not manipulated,
to be useful not to be used,
to excel not to compete.

and..

i choose self-esteem not self-pity.
:) 


well,
I'm not saying that I am PERFECT,
in fact I know I'm far from it,
and I don't have to be.
I just saying I'm worth it.
 :)

I only responsible for what I write,
not what you understand.
:)

Thank You !
:)

Thursday 17 November 2011

CANDID TIME CONTEST by MUNA

Assalamualaikum.

sedang aku duduk beristirehat tadi,
tiba-tiba aku terima komen dari 

dia telah pun tag aku untuk contest ini :

click the link below to join the contest :

aku memanglah tak pernah masuk mana-mana contest
sepanjang ber-blog ini.
first time !
excited pulak !

apa salahnya mencuba.
mungkin rezeki,
tuah ayam nampak dikaki,
tuah aku siapa tau?
:)

InsyaAllah gambar di bawah ni menang !
hehe..yakin itu penting !

tengah duduk berehat dek kerana penat mendaki Bukit Broga  sambil menghayati
keindahan ciptaan-Nya.

aku memilih gambar di atas ini 
kerana
aku suka gambar ini,
selain kerana kesemulajadian gambarnya,
aku juga suka kesemulajadian suasana paginya,
suasana selepas terbit matahari di Bukit Broga.
:)

so,
dengan segala hormatnya aku tag mereka :


sekian, 
terima kasih.

Pengalaman pertama di asrama (ASBKL)

bila perasaan tak menentu aku suka ingat balik peristiwa-peristiwa
sangat memberi kesan pada diriku.
:)

kali ini,
aku nak cerita balik pengalaman pertama aku tinggal di asrama.

pada tahun 2003,
bersamaan dengan umurku 13 tahun,
tingkatan 1,
aku mendaftarkan diri di salah sebuah asrama yang tersohor namanya,
Asrama Semai Bakti Felda Kuala Lumpur.


hari pendaftaran itu hari sabtu,
aku ingat lagi.

aku dihantar oleh ibu dan ayahku.
perasaan gementar menyelubungi diriku.
tempat baru, orang baru, susasana baru.
semua bermain di fikiranku.
sungguh aku gementar.


selepas siap mendaftar,
ada kakak senior menunjukkan aku dan ibu ayahku ke dorm aku.
dorm berapa ya?
aku pun tak berapa ingat,
AB06 mungkin?
dorm hujung sekali, berdekatan dengan tandas dan bilik basuhan.

selepas mendapatkan katil,
ibu mengemaskan barang-barangku ke dalam locker.
dan ibu letakkan Al-Quran atas locker.
ibu pesan, bacalah Al-Quran selalu.

selepas siap mengemas barang,
aku dan ibu berjalan di sekeliling asrama,
tujuan untuk mengetahui apa lagi kemudahan yang tersedia.

selepas beberapa ketika,
warden memanggil semua ibu bapa dan pelajar untuk sedikit taklimat.
dan selepas itu adalah detik yang sangat aku taknak ia berlalu,
iaitu kepulangan ibu bapa dan penjaga.


***


untuk pertama kali aku tinggal di asrama,
ibu dan ayah sudah pulang.
aku terus berlari naik ke dorm sebaik sahaja 
kereta ayah meninggalkan perkarangan asrama.
sebak sangat waktu itu !


aku rasa ditinggalkan,
seorang,
sunyi,
aku kecil lagi.
boleh ke?
aku sendiri dekat sini,
mampukah?
tapi,
hebatnya aku,
aku tak menangis pun.
kawan-kawan yang lain ada yang dah menangis,
teresak-esak pun ada,
sebaik sahaja ibu bapa mereka pulang.

aku naik ke dorm,
aku duduk di katil,
hanya aku ada di dorm tersebut.


sebelum otak aku fikir yang lain-lain,
aku cari telekung kat mana ibu aku simpan,
zohor pun dah masuk,
aku pergi ke surau, solat.
lama aku duduk di surau,
kalau-kalau ada orang yang boleh dibuat kawan.
aku memang suka mencari kawan.
aku tak suka sendirian.

tapi semua pun buat tak nampak dekat aku,
mungkin masing-masing orang baru.
lepas je mereka solat,
mereka terus keluar dari surau,
balik ke dorm.
=.='

tak boleh jadi,
aku kena ada kawan,
nanti sunyi laa aku kalau takda kawan.
tak bestnya !!


masuk dorm,
aku seorang je dalam dorm tu,
senior-senior belum pulang.
mereka dikhabarkan akan pulang pada keesokannya, ahad.

sedang aku pura-pura mengemas buku,
(dah tak tau sangat nak buat ape)
tiba-tiba aku didatangi oleh sepasang kembar,
mona dan wani.
mereka sangat peramah !
:)

mereka memperkenalkan diri mereka,
dengan bangganya mereka memberitahu aku yang mereka kembar.
aku seronok !
aku dah ada 2 kawan.
:)

dia mengajak aku berjalan ke dorm lain untuk berkenalan.
dan kami dah membuat kawan.
:)

tapi,
masakan aku boleh lupa terus perasaan rindu yang teramat buat keluargaku.
tetap rindu,
walaupun sudah tidak keseorangan.

masa mandi,
aku bukak paip kuat-kuat,
dan aku menangis sekuat-kuatnya.
seperti yang dirancang.
sama kuat aku menangis dengan bunyi air yang jatuh menghempas lantai.
dengan harapan takde seorang pun tau aku menangis.

peristiwa itu berulang sehingga hari selasa,
selepas solat maghrib berjemaah,
aku laju-laju turun sambil membawa buku untuk terus ke dewan prep.
berbekal duit syiling yang aku simpan,
aku mendekati public phone yang melekat di tepi tangga.
aku mendail no handphone ayah,
aku jadi berdebar-debar.

sebaik mendengar suara ayah di talian,
aku sebak.
:(


tak terkata.
aku rindu mereka.


***

selepas peristiwa itu,
aku tak telefon ibu ayah lagi,
aku takut nanti aku menangis lagi.
teresak-esak ditengah ramai,
malu !

tapi, 
selepas selesai solat maghrib pada hari khamis,
namaku di announced dan diminta turun segera kerana ada pelawat.
aku sarungkan baju kurung dan tudung,
lekas-lekas aku turun bawah,
tak sangka yang datang melawat aku itu ialah
ibu, ayah, adik serta maklang dan paklangku.

dari jauh aku nampak kelibat ibu,
laju-laju aku lari dan peluk ibu,
sambil menangis.
sedu-sedan.

oh.
rupanya aku tidak hebat mana.
aku diantara orang pertama yang dilawat.
ibu ayahku dari Pahang,
datang ke Kuala Lumpur,
semata-mata risau akan aku selepas panggilan tempoh hari.
begitu hebat pengorbanan seorang ibu dan seorang ayah.
sungguh aku tak sangka.
ibu dan ayah ambil cuti rehat khas semata-mata untuk melawat aku,
ibu dah tak sanggup nak tunggu sampai hujung minggu.

selepas peristiwa itu,
aku menjadi seorang yang lebih tabah.
:)


Tuesday 1 November 2011

Ratah Milo !

PERNAH TAK ?

ambil milo,
dalam 2,3,4 sudu,
letak dalam cawan,
dan ratah pakai sudu sikit-sikit.
pernah ?

peh ! ;)

kalau aku,
zaman dulu-dulu,
inilah kerja aku,
meratah milo.

mulanya macam ni,
dulu...
masa kecik-kecik,
sewaktu ibu ayah aku kerja,
aku dipelihara oleh seseorang makcik,
yang ibu ayah aku kenali sebagai mak odah,
tapi aku panggil 'mak'.

masa tu mak odah jaga aku dengan adik kedua aku,
Nurul Nelysa Syafira (angah),
mak ni memang sangat manjakan kami.
hehe
:)

nak bermulanya cerita,
mak ni suka buat air milo,
memang sumpah cakap,
air milo mak memang sedap !
rindu air milo mak =.='
rindu mak jugak...... !

lepas tu,
aku yang pada mulanya takde laa
obeses sangat pada milo selalu suruh mak buat air milo.

selalu sangat !

layan aiskrim ni la zaman budak-budak dulu..

kadang-kadang aku merap mak suruh buat ais krim milo.
mak tak pernah pun marah, mak selalu buat.
seronok sangat !


***

eh, ni nak cerita pasal mak ke pasal milo?


***

sebenarnya, dah bertahun tak jumpa mak.
rindu.
bila terkenang peristiwa terjebaknya aku dengan milo,
rindu sangat dekat mak !
=.='

pernah jugak cari mak,
tapi mak dah pindah rumah anaknya,
mak kan dah tua,
anak-anaknya yang nak jaga mak.
rumah mak selalu takda orang bila aku pergi.
rindu mak !

semoga mak sihat dan senang sentiasa,
along rindu mak !



***


sedang mak buat air milo,
aku rasa serbuk milo,
peh ! sedap jugak.
aku ambil sesudu,
pastu makan ! sedapnyaaaa !

pastu mak nampak aku makan macam tu,
mak cakap, makanlah..bubuh dalam cawan..

apa???
heheh

aku apa lagi..

sejak tu,
mak tak suruh pun aku dah pandai-pandai buat sendiri !
kalau dengan mak takpelaa makan sama-sama dengan angah.
mak tak marah.
:)

cuba buat dekat rumah ?
hah..kalau ibu tau, habis laaa !
:P

hai lah milo..


***


dah besar sikit,
aku dengan angah dah tak di hantar ke rumah mak,
sebab dah kena sekolah,
dah besar.

so,
takkan tiba-tiba aku nak berhenti tabiat buruk ni kan?
kadang-kadang mestilah buat jugak dekat rumah.
he :P

aku akan ambil 2,3,4 sudu milo buh dalam
cawan dan makan dalam bilik.
kena sorok-sorok.
kalau diorang masuk bilik,
laju-laju aku letak cawan tu bawah katil.
tunggu laa sampai dia keluar,
baru aku sambung balik.

kadang-kadang lama jugak nak tunggu dia keluar dari bilik,
macam-macam muslihat dah aku bagi,
contohnya, ada  cerita kartun best kat tv ke,
ayah balik ke, ibu cakap nak belikan mainan laa..
=.='

bukan apa,
kalau adik aku nampak,
tak ke naya.
:P
aku dah laa anak sulong ! 
adik-adik pulak berderet.

katakanlah kantoi,
diorang pun nak sama,
habis laa milo,
makanya,
kantoi laa dekat ibu tentang kegiatan aku..

oh tidak !
tidak akan aku biarkan !

tapi,
langit tak selalu cerah,
kusangkakan panas sampai ke petang,
pernah jugak laa kantoi dengan adik aku.
=.='

lepas dah kantoi tu,
siap ugut pulak,
"tanye ibu...!"


hui.
relax dulu !
benda boleh settle !
:)

angah makan laa jugak,
jangan la 'tanye' ibu,
tapi makan sikit je tau,
kaklong tadi pun makan satu sudu je..
takut habis nanti ibu perasan,
nanti ibu marah.
ha
(temberang)

"okay.."
dengan selamba je budak tu senyum, 
lepas tu makan sebelah aku,
hampeh !

sampai sekarang, aku dah takda lah terok macam dulu lagi,
aku takda laa ratah sangat milo ni,
kadang-kadang tu ada laa jugak,
lepaskan gian.
hahahai :D

tapi aku tau,
adik-adik aku pulak menurun perangai aku tu.
takpe, kaklong paham.
kuikuikui :P

entah-entah itu bukan asli dari aku tak,
entah-entah ibu dengan ayah aku punya tabiat dulu-dulu kot,
eh , just kidding ! :)

sekian,
wassalam.
:)