Sunday 25 March 2012

cerita sang kerengga !


assalamualaikum..

semalam aku berjalan ke Jusco Bukit Tinggi 
menghabiskan baucer yang ada baki RM100 lagi tu 
kat kedai buku Popular.

aku tak tahu nak beli apa.
so, aku decide nak beli hadiah buku
untuk adik-adik aku.
:)

okay,
entry kali ni sebenarnya aku nak kongsikan
sebuah cerita yang terdapat di dalam salah sebuah
buku cerita bergambar yang aku ingin hadiahkan
untuk Muhammad Aemeer Hamzah yang berusia 4 tahun.

cerita tersebut bertajuk
SANG KERENGGA


***

Di dalam sebuah hutan, terdapat Sang Kerengga
yang hidup berjiran dengan Sang Semut.

Pada suatu hari, Sang Kerengga dan Sang Semut
pergi ke kuala sungai kerana ada jamuan makan. 

Di pertengahan jalan,
mereka bertemu dengan Sang Tikus
yang hendak ke jamuan makan di kaki bukit.

Sang Kerengga menjadi sangat tamak.

Sang Kerengga mahu makan di kedua-dua
jamuan itu, lalu disuruhnya Sang Semut pergi dahulu.


Sang Kerengga mundar mandir di tempat itu
kerana tidak tahu hendak pergi ke mana dahulu.


Sang Kerengga mengikat perutnya kerana lapar.
Tiba-tiba Sang Belalang muncul.

Sang Belalang mengajak Sang Kerengga
pergi ke jamuan di kaki bukit.

Tetapi malang bagi Sang Kerengga
kerana ia ditinggalkan Sang Belalang
yang asyik melompat dengan pantasnya.

Sang Kerengga terfikir,
"Jika aku ikut Sang Semut tentu aku dah kenyang."


Ketika sedang berangan-angan,
tiba-tiba Sang Kerengga ditegur oleh Sang Semut,
"bagaimana jamuan di kaki bukit?"

Sang Kerengga terkejut kerana Sang Semut 
telah pulang dari kuala sungai.

Maka Sang Kerengga terus berlari ke kaki bukit.

Sedang Sang Kerengga tercungap-cungap,
tiba-tiba Sang Kerengga ditegur oleh Sang Tikus pula,
"Bagaimana jamuan di kuala sungai?"


Sekali lagi Sang Kerengga berasa sedih.
Ia menyesal kerana bersikap tamak.

Sang Tikus bersimpati kepada Sang Kerengga
lalu memberikan sedikit makanan kepadanya.

Tanpa berlengah, Sang Kerengga membuka
 ikatan diperutnya.
Alangkah terkejutnya ia kerana
 perut dan pinggangnya telah menjadi ramping.


Akibat sikap tamaknya, 
pinggang Sang Kerengga telah menjadi
ramping sehingga ke hari ini.




***


hebat tak cerita ni?
hahak !
:D
menarikkan?

aku hiburkan akak-akak aku sambil
mereka makan tadi sambil membacakan
cerita Sang Kerengga ini kepada mereka.

selepas tamat aku bercerita,
antara komen akak-akak aku ialah,
mek, "padanlah Kerengga ramping..memang depa tamak pon ! "
serius je cakap.
=.='

tambah mek lagi,
tengoklah spesies Kerengga dan Semut,
kat mana-mana je dorang nak makan,
tamak !
=.='


***


so, apa pengajaran dari cerita ni?
mudah, jangan tamak. 
nanti jadi macam Sang Kerengga,
apa pon tak dapat.
lapar yang dapat.
=.='

tapi untunglah, kerengga jadi ramping dek ketamakkannya.
jangan ikut !!
:)

okay,
biasalah, cerita dongeng kanak-kanak !
harap-harap Aemeer suka !
insyaAllah !
sekian, wassalam.
:)

Wednesday 14 March 2012

berniat.

Assalamualaikum.
:)

Alhamdulillah
syukur ke hadrat Allah atas segala kurniaan-Nya.
sungguh banyak !
tak terkira dek hamba yang kerdil ini.

okay,
naik saja daripada cuti semester
bermakna aku telah pun berada di semester 6.
sekejap rasanya.
pejam celik pejam celik dah nak habis,
insyaAllah ! 
tapi sebelum tamat belajar,
aku kena siapkan thesis terlebih dahulu.
Oh Allah bantulah hamba Mu ini.

minggu pertama semester baru telah pun berlalu
dengan lancar, Alhamdulillah !
semester ini jadual kelas aku sangat memberansangkan,
banyak free !
:)

okay,
berbalik kepada topik asal,
berniat.
aku sedang berniat untuk merawat diri sendiri.
perlahan-lahan.
aku tahu Allah itu Maha Tahu
dan setiap penyakit pasti ada ubatnya.
Allah itu Maha Penyembuh !
:)


sekarang aku sedang membaca buku ni.
aku akan amalkan ayat-ayat Al-Quran yang boleh merawat diri ini,
insyaAllah !

buku ini mengandungi keutamaan dan kelebihan ayat-ayat
dan surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh di amalkan untuk 
pelbagai jenis penyakit.

***

okay, entry kali ini aku nak kongsikan sedikit 
tentang kelebihan membaca Bismillah :



1. Barangsiapa yang membaca Bismillah (21x) ketika hendak tidur,
maka ia aman dari syaitan, kecurian, maut mendadak dan bala.

2. Barangsiapa yang membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh
(jimak) maka anaknya kelak cerdas dan terbuka hatinya 
serta menjadi anak yang soleh.

3. Barangsiapa yang membaca Bismillah (41x) pada telinga orang
pengsan maka ia akan segera sembuh.

4. Barangsiapa membaca Bismillah (313x) dan selawat 
atas Nabi Muhammad SAW (106x) pada hari Ahad
di saat matahari terbit dengan mengadap ke kiblat
maka Allah Taala memberi rezeki tanpa diduga.

5. Barangsiapa yang membaca Bismillah (50x) di depan orang
yang zalim atau penguasa yang bengis maka ia akan tunduk
atau ketakutan.

6. Barangsiapa yang menulis Bismillah (10x) di atas kertas
lalu diletak disawah padinya maka sawahnya
akan subur dan terpelihara dari bencana.

7. Barangsiapa yang menulis Bismillah (70x) pada kain kafan,
maka mayat yang berselimut kafan itu akan aman dari
bahaya Mungkar dan Nakir,
juga ia terlindung dari seksa kubur.

***

insyaAllah lain kali aku akan kongsikan lagi 
apa yang aku dapat dari buku ini.

***

terima kasih kepada Encik Kumbang kerana
telah menghadiahkan buku ini, insyaAllah saya
akan guna dengan sebaiknya agar beroleh manfaat darinya.
doakan saya berjaya kali ini,
insyaAllah !
:)

***

sekian dulu buat kali ini,
wassalam !
:)