Saturday, 29 October 2011

telur mata kerbau !


memandangkan hari ini hari sabtu,
hari cuti,
hari memanjakan diri,
aku bagi peluang pada diri aku nak makan apa yang diidamkan.
:)

gambar dari google
seperti tajuk tertera di atas,
aku cuma teringin nak makan
telur mata kerbau.

tetapi bukan sebarangan telur mata kerbau,
aku teringin sangat nak makan 
telur mata kerbau yang kurang masak,
memandangkan aku kurang suka telur putih,
aku suka telur mata kerbau yang putihnya garing sedikit,
dan yang kuningnya cair..
peh !
lebih kurang macam ni la..gambar dari blog orang..

keinginan aku langsung tak mencabar kesabtuan aku kan?

cakap senang laa..
beberapa kali aku practice masak telur mata kerbau seperti yang aku idamkan tu,
kebanyakan cubaan tu,
pasti aku fail..
=.='
HAHAH :D
tak perlu emosi wahai nurul,
tenang !
:)

yelaa..mana tak emosi..

baru pecahkan telur pun dah terpecahkan sekali kuningnya,
telur dadar lah alamatnya.

lagi, bila guna minyak sikit sangat, macam takda minyak pulak,
kering kuali, telur melekat,
apa lagi, pecah laa..

salah budget pun ada..
bila minyak dah okay,
aku pulak bantai goreng lama-lama,
kononnya nak bagi telur putih garing sikit,
sekali dengan telur-telur kuning garing..

kadang-kadang,
bila nampak telur banyak lagi dalam peti ais,
aku try laa lagi..
hehe
yang tak jadi tu aku bagi pada orang lain.
tak membazir.
:)

gambar dari google jugak..

bukan senang bagi aku untuk menunaikan hajat dan keinginan diri yang ini.
=.='


tetapi,
siapa tak kenal
NURUL SYAHIDA BINTI ABDUL HALIM
mana pernah kenal erti putus asa,
ececeh..he

selepas beberapa experiments,
aku dah kenal pasti cara menggoreng telur mata kerbau kurang masak idaman aku.
:)

  1. baca bismillah.
  2. pecahkan telur dalam bekas lain dulu..sebab aku memang yakin kalau aku terus pecahkan telur ke dalam kuali, pasti hancur kuningnya ! hehe..strategi kena baek :)
  3. panaskan kuali, isikan sedikit minyak dalam kuali..ratakan minyak..supaya telur tidak melekat ke permukaan kuali..
  4. bila minyak sudah diyakini panas, barulah tuangkan telur yang sudah dipecahkan tadi, dengan cermat dan berhemah, jangan campak, nanti tak ayu laa..
  5. agak-agak dah garing sikit putih telurnya, boleh laa dibalikkan telur tersebut, perlu diingat, jangan dibiar lama-lama, lepas tu terus angkat.
  6. maka berkat memulakan sesuatu dengan bismillah, maka siaplah telur mata kerbau idaman aku. :)

wajah kegembiraan hamba.
Alhamdulillah
:)

***


lagi perkaitan  aku dan telur mata kerbau kurang masak ini :

telur sebegini (telur mata kerbau kurang masak) adalah telur kegemaranku.
kalau pergi makan kat kedai makan mana-mana,
aku minta nasi goreng apa pun lah,
aku akan tambah telur mata kerbau kurang masak.
lagi dari google. hahah

tetapi,
tak semestinya yang sampai kat aku tu sebijik macam telur kegemaran aku,
tapi aku takdehal..
:)

yelaa..takkan aku nak explain sebijik-jibik,
kuningnya cair,
putihnya garing,
silap-silap dia bawa aku ke dapur dia pulak,
'masak sendiri kak'
haa..
taknak aku..
:P

kadang-kadang yang langsung masak pun ada..
memang aku bagi orang laa..
tak berapa sukaa laa..
=.='

khasiat telur,
biasalah..
telur kan protein,
memanglah berkhasiat..
HAHAH
:D

tapi,
tidak dinafikan, telur rebus separuh masak lebih berkhasiat,
kata pun rebus, takda minyak.

tapi, 
jangan tak tau,
putih telur yang aku tak berapa suka tu melegakan
apabila kita melecur atau kulit terbakar
dan juga menghilangkan parut pada kulit.
ha..
rugi kau nurul..

sekian,
wassalam.
:)

Tuesday, 4 October 2011

buat Ashraf !


surat kasih sayang dari seorang kaklong :

istimewa khas buat adinda,
Ashraf ( intan payung tok ) :P
sebagai seorang kakak sulong,
sangatlah terharu apabila adik aku,
Muhammad Ashraf bin Abdul Halim
meminta supaya aku mendoakannya yang akan
menghadapi PMR.

sungguh terharu !


insyaAllah kaklong doakan Ashraf,
semoga Ashraf berjaya jawab exam dengan tenang,
semoga Ashraf dapat ingat apa yang dah dipelajari,
dan semoga Ashraf mendapat keputusan yang cemerlang,
Amin.

InsyaAllah !
:)


sayangku Ashraf,
mintalah pada Allah.

sesungguhnya segala sesuatu yang berlaku adalah
ketentuan Allah.

apa yang kita hajati akan diperkenankan andai kita minta
pada-Nya.

InsyaAllah !
dengan izin Allah, 
Ashraf akan dapat keputusan yang cemerlang.

Amin.

:)




***

kaklong dengan Ashraf masa Ashraf kecik-kecik dulu.
hehe
rindu kan? :)
All the best sayang ! :)
selepas sudah berusaha,
Ashraf tawakkal kepada Allah.
InsyaAllah Allah aturkan yang terbaik untuk Ashraf.
:)

selepas jawab semua papers,
sila senyum.
berserah pada Allah.
senyum macam Win ni.
:)

kami sekeluarga mendoakan kejayaan Ashraf.
We love you !
:)

Sunday, 2 October 2011

Pesona Cinta !


dari Anas r.a dari
Rasulullah S.A.W
bersabda :

ada tiga perkara,
barang siapa yang tiga perkara itu
ada dalam diri sesseorang,
maka orang itu akan dapat merasakan
manisnya keimanan iaitu :

1. jikalau Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai selain keduanya,

2. jikalau seseorang itu mencintai orang lain dan tidak ada 
sebab kecintaannya itu melainkan kerana Allah,

3. jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah
 diselamatkan oleh Allah dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya
 ia kalau dilemparkan ke dalam api neraka.


***



layan lagu ni jom !
:)

Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku 

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung 


Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja 


Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya 


Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati 


Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah...


***

doa hamba:


Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.
:)


Family Day !


pada 24 September 2011,
bersamaan hari Sabtu yang lalu,
aku dan family telah melibatkan diri 
dalam satu majlis anjuran sekolah ibu aku.

FAMILY DAY
of
SMK CLIFFORD

:)

aktiviti tersebut telah berlangsung di
Tiara Beach Resort,
Port Dickson,
Negeri Sembilan.
gambar dari google image

setelah membuat perjanjian,
aku, angah dan Rinie akan berjumpa 
ibu, ayah dan adik-adik di Seremban.

dengan menaiki bas dari Shah Alam,
aku, angah dan Rinie selamat tiba ke
Terminal 1, Seremban lebih kurang pada pukul 5 petang.

sejak lepas practical ni,
dah pandai cari tempat guna google map.
:)
oh ya.
siapa Rinie?
she is my best friend forever.
dunia dan akhirat.
insyaAllah.
:)
kite sayang awak Rinie !
kalau balik Malaysia lagi,
kita jumpa lagi yee !
thanks for the best moments !
<3


***

kami tiba ke Tiara Beach Resort dalam lebih kurang pukul 6 lebih,
kami antara keluarga yang sampai terpaling lewat,
memandangkan cikgu-cikgu
SMK Clifford yang lain dah sampai pada waktu tengah hari.
Ini berikutan kerana ayah aku perlu menyelesaikan beberapa tugasan sebelum
bertolak ke Port Dickson.


***

biasalah..
family day yang best nya mestilah part makan-makan.
:)

sebelum dinner,
snap some pictures.
:)

ibu aku, Cikgu Sabita, sayang ibu !
kaklong dengan Aemeer Hamzah !
Kak Rinie dengan adik-adik angkatnya,
Auni, Sara & Aemeer.
angah memang selalu bergurau dengan ayah,
ayah sedang bergerak-gerak time tu.
haha :D


***

jom makan ! 

sweet couple.
pengantin lama nak menjamu selera ke dining hall.
:)
i love my family !
aku 8 beradik.
tapi yang dapat hadir cuma kami 4 beradik perempuan
dan si bongsu Aemeer Hamzah.

Afnan tak dapat hadir kerana ada urusan di Kuantan.
Ashraf dan Azry tak dapat hadir kerana berada di asrama.

walaupun jauh dimata,
kalian tetap di ingatan kami.
:)

Aemeer Hamzah dah tak boleh duduk diam,
mengantuk.
ayahku yang comel menunggu nombor ibu yang bertuah itu di panggil.
:P
semoga nombor ibu bertuah, amin!

tunggu punya tunggu punya tunggu..
nombor ibu tak jugak naik sebagai nombor bertuah.
penat dah kami nervous !
:P

tetapi..
rezeki ibu bukan pada nombor bertuah.
:)

berdasarkan tema malam itu,
'BLING-BLING',
keluarga kami telah dianugerahkan anugerah
KELUARGA BLING-BLING
:)

piala pusingan,
HAHAH
:D
Aemeer Hamzah yang tersembunyi belakang hamper tu.
Hadiah Aemeer katanya.
okayyy sayang.. :)

malam itu kami dapat 3 hamper,
Alhamdulillah !
:)

keluarga bling-bling ;)
saat-saat manis bersama :

alalala..so sweet~
labu saya !
gerammm !
mengade !
angah dengan Aemeer.
memang sama perangainya, gedik !
wajah kemenangan.
:)
saat-saat manis bersama :)


***


pagi esoknya :

ayah dan ibu tercinta.
sepasang puteri bongsu ayah dan ibu.
seterusnya,
episod mandi manda.
yay !
kaklong dan kakngah yang over.
kak Rinie tak mau mandi,
jadi dialah jd photographer.
:)
kaklong yang bertanggungjawab,
tunggu adik-adik kat bawah je.
eceh~ :P
seronok Aemeer Hamzah.
tengok angah berenang.
memang part paling kelakar.
berenang ke dasar lantai namanya.
yelaa ngah
:P
seronok !
sayang Aemeer ! 
we are all the single ladies,
except Aemeer Hamzah.


KESIMPULANNYA :

TERIMA KASIH ALLAH atas kegembiraan yang kau kurniakan buat aku dan keluarga.
TERIMA KASIH AYAH IBU kerana percutian yang sangat menyeronokkan ini.
TERIMA KASIH ADIK-ADIK kerana setia menjadi adik-adik kaklong yang sangat baik.
TERIMA KASIH SEMUA !
:)