Monday, 12 December 2011

Bubur durian !

petang tadi kak dila menyuarakan
hasratnya untuk makan bubur durian.

selepas asar kak ina dan kak dila keluar
untuk membeli durian,
aku kemalasan sedikit untuk keluar.
hehe
:P

seperti aku khabarkan sebelum ni
pada entri yang sebelum ini,
durian di Shah Alam memang mahal.
=.='

sekilo RM9.
dan akak-akakku membeli 2.5 kg durian,
bersamaan dengan 2 biji durian.

inilah duriannya,
mahal tapi berkualiti,
sedap !
 :)
kami makan seorang seulas sahaja 
dan selebihnya digunakan untuk buat bubur durian.
:)

bubur durian ini di masak oleh kak ina
dengan caranya sendiri,
cara orang Sarawak !
:)

kak ina rebuskan kacang hijau di dalam kuali.
kami guna kuali sebab periuk masih berisi 
dengan ayam masak lemak cili api,
al-maklumlah rumah bujang,
bilangan kuali dan periuk adalah terhad.

sementara itu, kak ina jugak merebus biji sagu.
biasanya aku tengok ibu aku masukkan sekali
biji sagu yang telah di rendam bersama-sama
kacang hijau yang telah direbus tadi.

tetapi cara kak ina kali ni,
merebus biji sagu dengan berasingan.
kerana menurut kak ina, dia tak suka 
kuah biji sagu tu melekat-lekat.
haha
:D

selepas mendidih,
kak ina tapis bji sagu tersebut dan
membasuhnya - buang lendiran.
dan seterusnya mencampurkan biji sagu tersebut
ke dalam kuali rebusan kacang hijau tadi.
:)

santan kelapa.

kemudian kak ina masukkan santan ke
dalam kuali rebusan kacang hijau tadi.

daun pandan untuk keharuman bubur durian !
:)

kemudian kak ina masukkan gula melaka favourite kami !
:)

dan akhir sekali, kak ina masukkan beberapa biji durian
yang telah diperuntukkan untuk membuat bubur durian ini.
:)
selepas memasukkan gula secukup rasa,
maka telah siap sedialah bubur durian
idaman kak dila untuk di jamu.

sekian,
terima kasih !
:)

8 comments:

  1. jeles la camni.. kite dah lame nak makan ni.. tapi tak berkesempatan.. terliuq pulak tengok.. hebat la chef ni =)

    ReplyDelete
  2. heheh..ini chef Sarawak mari ! mestilaa hebat maa !
    tapi durian sini mahal yan =.='

    ReplyDelete
  3. tu laa..aku balik cuti sem nanti mesti dah tak musim durian =.='

    ReplyDelete
  4. Haaaa..
    Lme nye xmkn...
    Bez plak nini tgk..

    ReplyDelete
  5. hehe..memang best pon kan bubur kacang dengan durian? :)

    ReplyDelete