Thursday, 24 November 2011

Aku Pencinta Kuda !

keluarga aku dan kuda memang dah tak dapat di pisahkan lagi.
ayah aku mula menjadi seorang pencinta kuda sejak aku tingkatan 3.
mungkin ada sebab tersendiri mengapa ayah aku berminat
dengan sukan berkuda dan seterusnya membela kuda.

hampir 7 tahun kami sekeluarga hidup dengan kuda,
Alhamdulillah..kuda jugalah salah satu 
punca rezeki keluarga kami. 

kalau nak cerita pasal kuda,
memang banyak !
suka duka, pahit getir hidup dan pengorbanan...
banyak di lalui bersama haiwan yang bernama kuda.
dari mula membela, sampai ke saat ini.

Marie (coklat) dan Fateh (krim) sedang lepak-lepak petang.

seriously,
kuda adalah binatang yang sangat memahami.
kadang-kadang,
kalau aku sedih, aku bersembang je dengan kuda,
aku cakap dengan kuda pandang mata dia,
rasa macam dia pun pandang aku,
dan ada connection di situ.
insyaAllah aku akan rasa tenang lepas tu.
:)



ini pula Win dan anak dia yang baru lahir di Taman Teruntom.
comel sangat anak dia.
anak kuda ni kan,
lepas je dia lahir,
beberapa jam lepas tu dia dah boleh berdiri, berlari.
tapi kelakar lah, kaki dia keras lagi.
:D

ini Jebat versi budget hot ! hehe
*kuda terkacak era ini.
kuda adalah binatang yang baik.
baik sangat !
TETAPI,
kuda ada pantang larang.
yang paling penting,
untuk keselamatan bersama,
kita dilarang sama sekali berdiri belakang kuda.
BAHAYA !
sebabnya ?
kuda akan rasa terancam bila ada sesuatu di belakangnya.
dia akan rasa dirinya dalam bahaya,
makanya, kuda akan terus mengangkat kakinya,
and..kick ! 
ha..sakit tau kena tendang dengan kuda.

keluarga aku memang dah lali kena tendang kuda.
banyak kali dah !
adik-adik aku tak payah cakap la.
macam-macam dah diorang kena dengan kuda,
tapi diorang tak pernah serik.
tapi aku tak pernah kena lagi la.
kena gigit pernah la sekali.
:P

yang kedua,
walau apa keadaan sekalipun,
tolonglah jangan berada berdekatan dengan kuda
kalau kalian tengok kuda sedang 
MENJAMU SELERA.
kerana ?
kuda akan rasa seolah-olah kita ni nak ambil makanan dia.
walaupun kita memang takda niat pun nak ambil makanan dia.
teringin pun tak !
=.='
adik aku pernah kena,
sebab dia nak angkat palang kandang je pun,
Fateh dah angkat kaki.
nampak dia angkat kaki macam cool and steady je,
tapi..dush !
bunyi dia..aku sendiri terkejut dengar ! tengok kat pintu dapur,
asyraf dah merangkak.
=.='
aku dengan ayah je panic,
dia cool je !
bibir dah berdarah.
kena tendang kat muka tu.
hu

tapi kan,
macam-macam mana pun adik-adik aku kena dengan kuda,
aku respect sangat kat diorang ni,
diorang tak pernah serik atau takut dengan kuda.
mungkin kuda dah sebati dengan jiwa mereka.
:)

dekat melaka, jumpa kuda putih ni,
rindu pulak kuda kat rumah.

seterusnya,
kuda juga macam binatang lain - sukar di tafsir.
yelaa,
binatangkan.

kalau kita naik kuda,
kuda pun ada mood tau.
kalau mood dia okay,
okay laa !
:)

kadang-kadang,
kalau kena part mood dia tak okay,
kau buatlah macam mana,
dia bad mood jugak.
so,
kat sini aku nak kongsikan sikit,
kalau kalian terjatuh atau dijatuhkan oleh kuda,
sebaik je bedebuk badan korang ke tanah,
silalah cepat-cepat berguling ke tepi,
menjauhi dia.
kerana masa tu pun dia bukan stabil sangat,
kalau dia pun gagal nak imbangkan badan dia,
bayangkan lah kalau kalian dihempap oleh kuda.
peh ! =.='
minta dijauhi.


kawan-kawan,
menunggang kuda adalah salah satu sukan yang disuruh oleh Nabi Muhammad.
Nabi pun sayang kuda.
:)

nak tunggang kuda tak susah,
nak bina keyakinan tu yang susah sikit.
:)

nak tunggang kuda ada terms yang perlu dipelajari.
dia akan act based on instructions.
penunggang kuda pasti akan terasa hebat sebab kuda hanya
dengar instructions in English.
hehe

"good boy..walk !"
sambil kick badan dia,
dia akan start walk.

sampai dah rasa selesa,
nak laju lagi,
" trot !"
sambil kick badan dia kuat sikit.

kalau nak laju lagi,
kick lagi kuat,
" canter ! "

hehe
lelaki pandai tunggang kuda ni macho tau!
:)

**kick pada badan kuda akan menambahkan kelajuan mereka.
be careful ! :)


Afnan bawak Jebat.
salah satu aktiviti di Taman Teruntum.

penjagaan kuda bukanlah senang,
dari segi pemakan dan pengurusannya.
kuda kalau sakit, payah dan lambat nak baik.

pernah kuda ayah sakit perut,
sampai nazak. sebelum dia meninggal,
sempat tokwan sembelih.
dan macam-macam cerita lagi la.
pendek kata,
kuda memang sangat sensitif.

hingga ke saat ni,
dah banyak nama-nama kuda yang pernah wujud dalam hidup kami,
tapi aku nak mention semua pun dah tak ingat.
Akashi, Quinardo, (bla..bla..bla.tak ingat)
tapi kuda pertama yang aku tuggang ialah
'LUCKY'
seekor kuda jantan yang sangat baik.
aku selesa tunggang dia buat pertama kalinya aku tunggang kuda.
sejak dari itu,
aku request kat ayah,
nak naik Lucky.
tapi dia dah meninggal.
:(

anak-anak kuda, comel kan? :)
kuda ada IC tau,
nama dan identiti mereka adalah berdaftar.
sebab tu mereka ada nama yang sedap-sedap.
hehe

anak kuda berekor kontot macam kambing.
duk bersembang dengan arnab. hehe. gosip.
Pinto bersama kaklong dan kakngah.
Pinto kuda betina yang cantik,
tengok kaki dia, macam pakai stokin.
:)

ha..ini Jebat tengah makan.
jangan duduk dekat dia !
:)

ini Fateh !
kuda betina yang baik.
:)

ayah baru je beli Fateh ni.
Alhamdulillah,
Fateh ni baik sangat !
dah pandai bantu kami sekeluarga dalam perniagaan.
:)

Afnan tunggang Jebat, yang nampak kepala tu Win,
yang nampak belakang berkaki stokin tu Pinto.
:)
Jebat ni seekor kuda jantan yang sangat agresif pada mulanya.
masa ayah aku baru-baru beli,
memang sangat agresif kuda jantan seekor ni.
tetapi,
aku tabik spring lah dekat Afnan sebab berkat didikannya,
Afnan berjaya melembutkan hati Jebat
menjadi seekor kuda yang baik
dan mendengar kata.
dulu memang aku tak berani langsung la nak sentuh dia.
sekarang tidak lagi.
:)

aku tak pernah la dapat buat macam ni,
aku harap bakal suami aku nanti boleh la belajar dengan adik aku.
hehe

Jebat cool !
hehe

akhir kata,
aku ingat kata-kata Afnan,
"sekalipun akan datang keluarga kita dah tak mampu
nak membela kuda,
Anan tetap akan teruskan perjuangan keluarga ini.
Anan akan bela kuda"

sungguh aku terharu !
ya..kuda memang sebahagian hidup kami.
sedangkan aku sendiri bahasakan diri aku sebagai
kaklong pada mereka.

aku pun akan terus menyayangi dan mencintai mereka,
insyaAllah !
:)

8 comments:

  1. yan ! muncul pon kau ! rindu kat kau !!!

    ReplyDelete
  2. nak naik kuda lagi!!
    sekarang da ade kereta kuda ke kak long??

    ReplyDelete
  3. hehe..cuti sekolah kan..ajak lah alang pergi kuantan..ade je kereta kuda, nanti suruh anan bawak korang naik kereta kuda :)

    ReplyDelete
  4. Dik..kalau nk sewa keta kuda utk majlis kahwin boleh x?

    ReplyDelete
  5. Ade ke course utk study psl kuda dgn lbih specific?

    ReplyDelete
  6. Ade ke course utk study psl kuda dgn lbih specific?

    ReplyDelete
  7. " You can get a lot of inspiration from this page, also visit my website
    SAGATOTO"

    ReplyDelete