Peribadiku


Nama aku Nurul Syahida binti Abdul Halim.
Keluarga aku panggil aku Kaklong,
 dan ada juga yang memanggil aku Nurul.
kawan-kawan pula panggil aku Syahida, Syahid dan Eed.
Aku harap bakal suami aku panggil aku Nurul.
:)



Ayahku bernama Abdul Halim bin Ibrahim
dan ibuku bernama Sabita binti Jamaludin.
Aku merupakan anak sulong kepada
8 orang adik-beradik.
Aku sayang keluarga aku.


Aku lahir pada 7 Mei 1990 bertempat di
Hospital Bersalin Kuala Lumpur (HBKL).
Masa itu, ibu dan ayahku mengajar di Kuala Lumpur.

Aku tinggal di Kuala Lumpur sehigga aku berusia 3 tahun.
Kemudiannya, ayah dan ibuku memohon untuk berpindah 
sekolah ke Tanjung Karang, Selangor.


Aku telah mendaftar ke Tabika PASTI di Batu 10, Tanjung Karang.


Kemudiannya aku bersekolah rendah di
Sek. Keb. Batu 9 Jalan Bomba Tanjung Karang.
Aku suka sayang sekolah tersebut.
Aku agak aktif di situ, aku masuk pelbagai pertandingan
seperti pertandingan bercerita, pertandingan menulis, kuiz matematik.
Aku juga sempat menjadi pengawas di sekolah tersebut.
aku juga bersekolah rendah agama di Sek. Ren. Agama Seri Desa.

Pada tahun 2000, bersamaan umur aku pada ketika itu ialah
10 tahun, ibu dan ayahku mendapat tawaran sambung belajar di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Aku dan 3 orang adikku akan berada dibawah penjagaan 
tok dan tokwanku sementara ibu dan ayahku menyambung pengajian mereka.


Sejak itu, aku berpindah sekolah ke 
Sek. Keb. Chini 3 & 5, Chini, Pahang.
di sekolah baru, aku mendapat ramai kawan
dan mereka sangat baik hati.
Aku aktifkan diri dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum
untuk mengelakkan diri aku ketinggalan di tempat baru.
Aku dilantik menjadi pengawas, ketua badan uniform dan kelab persatuan,
pada tahun 6 aku dilantik menjadi penolong ketua pengawas,
dan seterusnya menjadi tokoh pelajar di sekolah tersebut.
:)


Dengan keputusan yang aku peroleh semasa UPSR,
aku mendapat tawaran masuk ke asrama di Kuala Lumpur,
Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur (ASBKL).


Di asrama, aku dihantar ke sebuah sekolah bernama
 Sek. Men. Keb. Puteri Ampang. 
Aku bersekolah di situ sehingga aku tingkatan 3.
Aku seronok sangat bersekolah di Ampang Girls tersebut
dan pengalaman tinggal di ASBKL sangatlah terindah.
aku dilantik menjadi pengawas di kedua-dua sekolah dan asrama.
:)


ketika aku tingkatan 4,
aku keluar dari asrama dan membuat keputusan
untuk menetap di rumah bersama keluarga
atas sebab-sebab tertentu.
Aku tinggal di rumah dan bersekolah di
Sek. Men. Keb. Chini, di mana sekolah tempat
ibu dan ayahku mengajar.
seronok jugak jadi anak cikgu ni.
:)


sehingga hujung tahun 2006,
ketika aku tingkatan 5,
 kami sekeluarga berpindah ke Kuantan,
dan aku sekali lagi bertukar sekolah ke 
Sek. Men. Keb Panglima Perang Tengku Muhammad.
sekali lagi aku menjadi anak cikgu di sekolah tersebut.
:)


selepas tamat persekolahan,
namaku telah tersenarai untuk menyertai 
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
di Benum Hill Resort, Raub, Pahang.
seriously, program tersebut sangat menyeronokkan sehingga
tempoh yang ditetapkan terasa sangat pendek.
:')


dengan kelayakan SPM,
aku mendapat tawaran untuk sambung belajar 
di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS).
banyak kenangan, pengalaman dan pengajaran aku peroleh di situ.
aku sayang KMNS dan rindu sangat semua kenangan kat sana !
:')


setahun kemudian,
aku mendapat tawaran sambung belajar di
UiTM Shah Alam dalam bidang Pengurusan Hartanah.

rakan sekelas semester 1 dan 2.

Fakulti aku ialah Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (FSPU).
Aku sayang FSPU !
Sehingga sekarang, banyak kenangan dan pengajaran yang
aku peroleh di sini termasuklah erti persahabatan dan
liku-liku hidup seorang pelajar.
dan kini aku di tahun akhir pengajian,
insyaAllah aku akan grad next year.
Amin, InsyaAllah.
:)

Alam yang bakal aku tempuhi kelak ialah
alam pekerjaan.
Semoga perjalanan hidupku di permudahkan dan diberkati.
Amin.

sekian.
:)