Friday, 24 February 2012

Cupcake Kaklong !


Assalamualaikum..

hari ni tak tahu kenapa rajin sangat pulak nak update blog.
sampai 3 entry aku post termasuk entry yang ini.

Memandangkan sewaktu cuti semester kali ni aku
sibuk duk membuat cupcake coklat untuk adik-adik aku
bawak ke sekolah buat jual.

bunyi macam kelakar je kan?

memang aku rasa kelakar pun.
sekali adik aku bawak ke sekolah, habis laku di jual.
Sara bawak ke sesi pagi,
manakala Auni bawak  ke  sekolah untuk sesi petang.
kedua-duanya habis.
HAHA !
:D

mana tak mendorong aku untuk jual lagi, ha
dengan adik-adik aku yang sibuk-sibuk bawak list name
kawan-kawannya yang membuat tempahan lagi.



maka percubaan jualan hari pertama telah
menjadi batu lonjakan untuk aku menjadi supplier,
bagi menyediakan cupcake setiap hari untuk mereka jual.

aku siap pesan kat adik-adik aku,
jangan jual di kantin sekolah,
nanti makcik-makcik kantin marah,
sebab semua orang nak beli cupcake kita,
nanti jualan makcik-makcik tak laku.
**melampau**
:P



aku izinkan adik-adik aku bawak maximum 12 bijik cupcake 
setiap seorang untuk di jual setiap hari.

sepanjang perniagaan,
pernah jugak aku mendapat tempahan 22 bijik cupcake
oleh satu kelas budak darhjah 5 Ibnu Sina.
wah ! gitu ~
:)

okay,
cakap panjang pun tak guna,
yang orang nak tau adalah resepinya,
bukan bebelan aku.



RESEPI CUPCAKE KAKLONG

Bahan A :

Gula 1 1/2 cawan
Minyak 1 cawan
Esen Vanila 1 camca kecil
Telur Gred C 3 biji 
Serbuk Coco 1 cawan
Susu Cair 1 cawan

Bahan B :

Tepung Naik Sendiri 2 cawan
Bicarbonat Powder 1 camca kecil
Baking Powder 1 camca kecil

Bahan C :

Air Panas 1 cawan


CARA-CARANYA :

1. putarkan gula dan minyak.
Sambil memutar, masukkan esen vanila dan
masukkan sebiji demi sebiji telur.
Kemudian masukkan satu persatu Bahan A 
(serbuk coco dan susu cair)

2. Seterusnya, masukkan Bahan B, 
dan teruskan memutar.

3. Agak-agak dah sebati, 
masukkan satu-satunya Bahan C 
(air panas 1 cawan) 

4. Putar sehingga adunan sebati.
maka adunan telah siap untuk di bakar
suhu oven aku 130'C dan aku bakar selama 20 minit,
api atas bawah.

**aku sarankan, korang yang nak cuba resepi aku ni,
try tengok-tengok jugak cupcake korang waktu membakar.
pasala ade pengalaman kawan aku, hangit katanya.
:P



okay,
sekian sahaja buat kali ini.
selamat mencuba !
yang baik itu dari Allah,
dan yang sebaliknya adalah atas kekurangan aku sendiri.
wassalam !
:)

Rainbow Cake !


pada suatu hari,
pada 15 Febuari 2012,
sehari sebelum birthday ibu aku,
aku dan sepupu karib aku,
Norkhayati telah sama-sama buat
rainbow cake.

nak bagi resepi memang aku tak ingat.
sebab aku ikut apa yang tertulis di bungkusan
tepung sponge cake yang aku
beli di kedai
'Barangan Kita'
:)

aku pun tak berpuas hati dengan kek tersebut,
entry ni sekadar untuk berkongsi pengalaman aku membuat
rainbow cake ni !
HAHA !
:D 


warna biru pekat


warna biru tak pekat


warna hijau daun pisang


warna merah hati


warna purple, tapi tak napak purple sangat,
purple gelap 


warna kuning telur


***

kesemua lapisan sponge cake tadi aku alaskan dengan
whipping cream yang telah aku putar hingga kembang,
hasilnya adalah sepeti berikut :


aku tabur chocolate rice dan 'pinky love'
:)


ini adalah hasilnya bila rainbow cake kami dipotong.
rupa nampak cantik,
tapi aku tak puas hati dengan rasa sponge cake aku.
-,-

aku ade post gambar kat Facebook,
memang ramai yg like,
sebab cantik,
macam satu pepatah,
"don't judge a book by its cover"

yes,
same goes with my cake,
rupa je cantik,
rasa belum tahu lagi.
HAHA !
:D

takpe,
cubaan pertama.
 ye dak??
HAHA !
:D

sedapkan hati sendiri.

okay,
sekian sahaja buat kali ini,
wassalam !
:)

Tugasan dari ayah - rendang asam ikan pari !


Assalamualaikum..

Hari ini bersamaan hari jumaat, 24 Febuari 2012,
aku telah dikejutkan dengan tugasan oleh ayah.

tak silap aku,
tadi aku telefon ayah,
aku cakap kat ayah,
"kat rumah takda lauk, ayah beli lah lau dah siap masak ye?"
sambil gelak-gelak.
malas sebenarnya nak masak hari ni.
-,-


dalam kepala otak aku,
aku ingat ayah aku beli nasi ayam ke,
memang untunglah badan..hikhik

akan tetapi,
ayah bawak balik paru lembu dan jugak ikan pari !
tadaaa ~

memanglah bagi yang dah pandai masak dan yang
hebat masak tu langsung tak rasa apa yang aku rasa.
aku rasa ini cabaran.
HAHA !
:D

agaknya ayah aku hendak menguji kelayakan
aku samada dah boleh kawin ke belum, ?
bisik hati gatal aku.
HAHA ! 
:D

okay ini mengarut.

aku tahu..ayah nak mengajar aku memasak
berjenis-jenis masakan.
takda laa nanti setiap hari masak lauk yang sama je.
sebab yang lain aku tak pernah masak.
-,-

ayah siap bagi arahan berbunyik begini,
"along, paru ni along masak la goreng berlada,
pastu ikan pari tu along masak rendang asam.."

inilah ikan pari tersebut,
ini sebelah ikan pari tersebut yang telah dipotong 2.

aku yang mendengar arahan tersebut terus berkerut dahi,
apa pulak masakan rendang asam ikan pari ni??
kalau paru goreng berlada tu aku tau laa..
ini rendang asam ikan pari..
tak pernah pulak aku dengar, 
adoy !
-,-

tak fikir panjang,
aku terus tanya ayah,
"apa tu??"

ayah pun terangkan.
memandangkan ayah orang kedah,
orang sana panggil 'goreng' tu 'rendang'.
so, aku dah dapat bayang dah macam mana
nak masak ikan pari aku ni.

mula-mula aku potong ikan pari ke bentuk 
cube segi empat kecik-kecik,
kemudian aku gorengkan.
:)

selepas itu aku tumiskan bawang dan cili padi
secara berasingan  dan aku masukkan air asam jawa 
yang pekat dan likat.
agak-agak dah menggelegak, aku masukkan gula dan
garam secukup rasa aku,
dan akhirnya aku campurkan ikan pari goreng tadi
ke dalam bawang, cili padi dan air asam jawa tadi.
siaplah rendang asam ikan pari.
:)

ini lah rendang asam ikan pari aku..
HAHA ! :D
ok what, percubaan pertama.


ini pulak peparu yang telah aku rebus
dalam periuk tekanan ibu aku,
senang guna periuk ibu tu,
15 minit je dah empuk peparu ni !
senang sikit kerja aku nak potong peparu ni nanti !
:)

aku masak peparu ni macam biasa je,
goreng berlada je.
tadaa ~


sayur pulak aku masak sayur sawi rebus je..
malas suda ~
-,-

sempatlah aku masak bila ayah dan adik-adik
pulang dari solat jumaat.
:)

itu sahaja aku nak cerita,
sangat hairan dengan nama
'rendang asam ikan pari',
rendang ayam ke daging ke itik ke,
dah biasa laa..

okay,
sekian sahaja,
semoga kita tidak mensia-siakan Jumaat yang mulia ini.

sekadar berkongsi,
as a saying,
"grass is always greener on the other side"

aku tertarik dengan pepatah tersebut.
memang betulkan?
kita sebagai manusia selalunya melihat apa yang ada
pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

ini bermakna kita masih belum pandai bersyukur,
kita masih belum pandai merasa cukup.
Sesungguhnya apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita,
percayalah Allah telah tentukan yang terbaik.

dan

hanya mata yang diselaputi dengan nafsu yang tidak
dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.

renung-renungkan..

sekian,
wassalam !
:)

Wednesday, 8 February 2012

Iman Semut !

aku berminat dengan satu cerita di zaman nabi Sulaiman,
berkaitan iman semut berbanding dengan kita sebagai manusia.
memang menyentuh hati dan akal aku sebagai manusia.

bacalah kisah di bawah yang aku petik dari Facebook :






Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, 


apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut 


melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan 


bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu 


yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. 


Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut :


 "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".



Semut pun menjawab : 


"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH,


 aku yakin di atas 


batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".


 Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya :


 "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? 


Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana 


engkau makan dalam sebulan?"



Jawab semut : "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan : 


"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu 


melata di atas batu, aku boleh tolong".



Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, 


dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas

kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.






 Kemudian Nabi tinggal semut 


di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.



Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum


 sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut,


 lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut : 


"Kamu rupanya berbohong pada aku!.


 Bulan lalu kamu kata 


kamu makan sebiji gandum sebulan,


 ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".








Jawab semut : "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong,


 kalau aku ada di atas batu aku pasti makan 


apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan,


 kerana makanan itu aku cari sendiri dan 


rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. 


Tetapi bila kamu masukkan aku 


dalam bekas yang tertutup, 


rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, 


sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. 


Aku takut kamu lupa". 






Itulah Iman Semut!!




satu lagi fakta berkaitan semut
,
semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam

renggangkan badannya setiap pagi.

apabila semut di sembur dengan racun,

serangga tersebut akan tumbang ke sebelah kiri.

sekian,

wassalam.

Thursday, 2 February 2012

Kawan baru, Sahabatku selamanya !


Alhamdulillah,
aku baru saja berkenalan dengan kawan aku seorang ni.
istilahnya perkenalan kami ni macam kawan atas kawan la.
:)

kami berkenalan dengan lebih rapat di Laman Mukabuku.
Facebook
:)

selain dari berkongsi maklumat dan berhubung dengan
kawan-kawan yang sudah dikenali, Facebook juga merupakan 
satu medium untuk mendapat kawan baru.
:)

kami mula berkenalan di Facebook pada Mac 2011.
kami kerap chatting dan comment antara satu sama lain
di Facebook.
:)

namun,
perkenalan kami tidak hanya di Facebook
setelah Mira mengambil tindakan untuk ke Kuantan,
untuk berjumpa aku.
:)

tindakannya sungguh mengharukan aku,
aku tak sangka Mira sanggup datang ke Kuantan untuk
berjumpa aku, kawan alam mayanya selama ini.
Alhamdulillah,
pada 22 January yang lalu,
Mira telah selamat menjejakkan kaki ke Kuantan.
:)

inilah kawan baru saya itu,
NURAMIRA BINTI ABDUL HADI

sebagai pemandu pelancong kepada Mira,
macam biasa,
aku mesti bawak mereka ke Taman Teruntum.
tempat aku dan keluargaku mencari rezeki tambahan.


Mira ditemani Nely untuk menaiki Pinto.
pegan tangan untuk membina kekuatan.
aku sebagai camera girl.

nampaknya Mira sudah berani dan confident 
tanpa perlu di pegang lagi.
syabas sayang !
:)

wah !
gitu kau Mira !
:)

ini pulak gambar sebelum Mira pulang.
Aemeer pelok kak Mira.


Aemeer nampak sudah selesa dengan Kak Mira nya.
:)

Mira,
semoga persahabatan kita sehingga ke akhirat.
:)

Terima kasih Mira.
Eed sayang Mira !
:)

Friend forever !
:)

Chocolate Cake Bonda Bie !


semalam ibu dan aku pergi Pasaraya Giant,
kami ada membeli sedikit barangan 
termasuklah barang-barang untuk membuat kek !
:)

berikut adalah resepi kek coklat Bonda Bie :

Bahan A
1 tin susu cair
1 1/3 cawan gula
1 cawan minyak jagung
1 cawan serbuk koko

Bahan B
1 sudu kecil Serbuk soda baikarbonat
1 sudu kecil b/powder
Secubit garam
2 cawan tepung.

Bahan C
3 biji telor
2 penutup esen vanila.


Cara Buatnya:


Bahan A masak atas api sederhana hingga mengelegak dan kacau rata.
Biarkan sejuk. Masukkan bahan B yang sudah diayak dan putarkan dengan pemutar kek. Kemudian tambahkan telor sebiji-sebiji hingga habis dan akhir sekali masukkan esen vanila n putar hingga rata. Kukus dalam loyang yang telah disapu planta dan taburkan tepung gandum untuk mengelakkan daripada melekat. Kukus selama 60 minit. Atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi satay...jika melekat2 bermakna belum masak.

SELAMAT MENCUBA !
:)


***

jom tengok gambar kami di dapur malam semalam :

wuhuhu

dah siap sedia untuk dibakar.

ini laa kerja aku dan angah dulu bila ibu buat cake.

kek dikukus.

look !
:)

naik cantik,
gebu !

siap sedia untuk disantap !
:)

topping la sendiri ikut kreativiti masing-masing.
sekian !
:)