Saturday, 30 June 2012

Ikan Keli Goreng Berlada !


assalamualaikum..

hari ni aku masak ikan keli
goreng berlada.
:)

ini ikan apa?

hee
ini ikan keli,
kak ina yg teringin nak makan ikan ni.
masa pergi giant semalam dia ambil ikan ni,
so, aku fahamlah maksud dia.
:P

ikan keli ni maklong aku punya petua,
basuh guna limau dengan garam,
untuk buang lendiran dia.
:)

lagi satu petua,
hiris sikit kat tengkuk ikan ni,
nanti ada jumpa yg ketulan warna merah hati,
buang ketulan tu.

kalau tak buang tu yg ikan jd hanyir la ape la,
sebab tu aku tak boleh makan ikan ni 
yang jual kat kedai kadang-kadang.
rasa lain macam.
-.-'

cili merah, cili padi dan bawang besar siap untuk di blend.

tadaa ~
ikan tadi dah siap digoreng.
:)

lepas goreng ikan,
aku tumiskan bahan-bahan yg telah di blend tadi
bersama sedikit minyak.

masukkan sesudu kecil gula,
aku biarkan hingga cili tersebut masak.

agak-agak cili dah masak,
aku masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.

kemudian aku campurkan ikan yang sudah digoreng tadi.

maka,
tadaaaa ~
siappp !
:)

ready to be served !
:)

sekian,
wassalam.

Spaghetti Waha !

assalamualaikum..
selamat hari sabtu semua !
:)

dah lama rasanya tak memanjakan diri dengan blog,
rindu jugak di hati nak update blog.
hee

semalam aku masak spaghetti !
sebelum ni aku tak pernah minat pun makan
spaghetti, mungkin sebab sebelum-sebelum
ni aku makan yang tak kena dengan selera aku.
-.-'

tiba-tiba,
nak dijadikan cerita,
aku makan spaghetti yg di masak oleh best friend aku,
Wahadatul Arta'iah,
pehh !
rase dia lain macam,
kena pulak dengan selera aku !
HAHA
:D

**ini serius ye Waha ! bukan bodek, sebab
tekak aku memang tak berapa nak omputeh sangat.
so, bila yg tak kena dengan tekak aku memang 
tak boleh blah la..
:P

***

okay,
macam biasa,
memasak tu terapi jiwa aku,
aku main masak-masak spaghetti semalam.
:)

here we go ! 

ini bahan-bahan aku main masak-masak semalam.
:)

okay,
we go one by one.

ini adalah bawang besar yang telah dipotong dadu

ini pula ialah tomato yang jugak telah dipotong dadu.

manakala ini ialah cendawan butang yg telah aku potong kecil

sebabkan aku suka pedas,
aku tambah cili padi ni.
hehe

daging kisar,
aku prefer daging berbanding ayam
:)

dan ini sos spaghetti kimball cendawan

ini spaghetti halus - angel hair

cara-caranya :

untuk menyediakan kuahnya,

1. tumiskan bawang yang telah dipotong dadu. 
2. kemudian, masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi.
3. masukkan cili padi, cendawan butang, dan daging kisar.
4. masukkan sedikit sos cili.
5. masukkan sos spaghetti tu.
6. agak-agak daging tu dah masak, masukkanlah garam secukup rasa.
siappp !
:)

untuk menyediakan spaghetti,

1.rebus jela spaghetti tu,
masukkan sedikit planta dan garam.
2. agak-agak dah masak, toskan dan bilas la spaghetti tersebut.

maka spagetti sudah siap sedia untuk dimakan.
:)


tadaaaa ~

resepi ni aku belajar dari Waha !
sebijik mcm mana yg aku tengok dia masak.
ada pedas-pedas gituh !
so far, aku suka resepi yg ini !
:)

sekian,
wassalam.

Friday, 15 June 2012

Pre-graduation night !

assalamualaikum..
pada 13hb Jun yang lalu,
aku telah pun menghadiri satu majlis
Pre-graduation Night.
:)

jom layan gambar jela,
biar gambar yg tolong ceritakan suasana pada malam itu.

my invitation card
ready to go for the dinner !

Kak dila with her awesome clutch !
yeah, that one is my clutch and another one is Kak Dila's.
this is the menu of the night.
"not bad..actually not as expected,
under my expectation..but not so bad.."
oh yeah ! nampak menyelerakan ? hmm
the italian tiramisu with crispy cookies, it was great !
this is us, me, mek and Kak Dila.
sangat terasa seperti diraikan pada malam itu.
Azreen, me and Kak Dila
as ussual, kami memang sangat suka bergambar !
nampak tak cincin i? hahah :D
okay, do focus at our rings. Please.
-.-'
the five of us,
mek, me, Kak Dila, Azreen, Kak Ina
stay friends forever, insyaAllah !
:)
they are my sunshine !
thank you kakak-kakakku.
i love you all !
:)
i like this photo !
:)
Kak Dila, Kak Ina and Sakinah.
they're such lovely friends of mine.
we did enjoyed our night !
:)
with Azreen and Kak Dila
:)
we wore the same pashmina,
we're cool !
:)
sedih dah nak grad,
bila lagi dapat masa berkumpul macam ni.
smile to the world !
:)
no caption is available
:)
gadis-gadis tangga !
:)
Kak Dila, Kak Atim, Kak Fae and Alep's at the back.
coursemates since Sem 1

we are happy celebrating our night together !
again,
they are my sweet and sour mates :)
people say that we are almost the same,
like twin, HAHA !
:)
last but not least,
our best memory during the degree study will never fade,
insyaAllah !
thank you friends !
i love you all !
:)
sekian,
wassalam.
:)

Saturday, 9 June 2012

Birthday yg dah basi !


assalamualaikum
:)

hari ini aku takda kelas,
tak tau nak buat ape lagi dah,
thesis dah selamat selesai dihantar Khamis yg lepas,
assignment pun dah selesai.
Alhamdulillah 
:)

aku tanya kak ina (kakakku dunia akhirat), 
nak suruh aku post entry pasal apa kat blog,
dia cadangkan aku post tentang birthday aku.
i like.
HAHAH :D

birthday aku dah lepas sebulan yg lalu,
7 May 2012 yg lalu genap aku berusia 22 tahun.
Alhamdulillah, syukur atas semua nikmat Mu ini Ya Allah.

dek kerana 7 May tu ialah hari Isnin bersamaan
date of submission for my assignment,
aku tidur awal malam Ahad itu kerana penat 
sangat menyiapkan assignment tersebut.

seperti biasa,
orang akan wish birthday tepat pada 12.00 am.
Malam tersebut, genap 7 May 2012,
aku yg sedang tidur ini pun menerima beberapa bentuk gangguan
dari kawan-kawan, saudara-saudari dan tidak kurang hebat jugak
Encik Kumbang aku yg seorang tu.
:)

semuanya called just to wish me 'happy birthday',
tidak kurang jugak yg post dekat facebook, twitter,
dan yg message dekat handphone dan facebook.
terima kasih semua yg wish dan mendoakan aku !
semoga doa-doa kalian dimakbulkan dan
doa kalian dibalikkan semula kepada kalian,
insyaAllah, Amin !
TERIMA KASIH sekali lagi !!
:)

okay,
next part kalau cerita pasal birthday
 selain wishes from members and buddies,
mestilah cerita pasal hadiah and surprises.
and i love this part !
:)

bangun pagi tu,
housemates aku (kak dila dan kak ina)
tak lupa jugak penumpang tetap (Mek)
semua itu kakak-kakakku sayang,
wish, "happy birthday !"
aku ingat lagi senyuman mereka lempar untuk aku pagi itu,
sungguh berharga hadiah ini !
cukup buat aku gembira dan malu.
birthday girl la katekan.
aku tidak mengharapkan apa-apa hadiah dari mereka
memandangkan aku faham keadaan kami, 
poket masing-masing sudah kering 
dek kerana baru lepas pindah rumah sewa
 dengan bayaran sewa dan  deposit.
:)

aku salam mereka selepas mereka wish.
:')
(lepas habis belajar ni tak tau la bila lagi dapat jumpa)


***

pagi itu aku menerima panggilan dari ibu,
ayah dan adik-adik.
sangat bahagia ! sungguh !
terima kasih ibu ! terima kasih ayah !
terima kasih adik-adik !
kerana berada di sisi kaklong sejak dari
dalam kandungan hingga ke hari ini.
Walaupun kalian tidak bersama kaklong di hari lahir tersebut,
kaklong tau, doa-doa kalian ada bersama kaklong.
Kaklong sangat-sangat merindui kalian !
:')



ibu dan ayah kesayanganku.

wajah kerinduan hamba :
(gambar kenangan)





***

pagi Isnin itu seperti biasa,
aku ada 1 kelas pukul 8.30 pagi,
selepas kelas, kawan-kawan sekelas menyanyikan lagu
selamat untuk aku, malu ~
hee
terima kasih kawan-kawan !
aku bahagia ! :)
aku hargai hadiah tersebut wahai kawan.

(gambar kenangan)



***

sewaktu keluar dengan Encik Kumbang,
ke Sunway Pyramid,
dia ada mengadu nak beli slipper sebab 
sandal dia sudah minta pengganti yg baru.
tiba-tiba, dia masuk ke subah kedai kasut
sambil berkata, "nak tengok kasut jap"

aku yg bendul ni pun yakinlah dia nak beli kasut untuk dirinya.
bila aku masuk kedai tu, majority of the racks show shoes for lady.
ada berapa portion saja untuk kasut lelaki.

sedang aku belek-belek kasut sementara dia di rak lain,
tiba-tiba dia suruh aku pilih yg mana aku suka,
wow ~ so sweet !
:)
aku yg tak pandai menolak pemberian ni ape lagi.
hehe

aku pilih punya pilih punya pilih.
tiba-tiba dia bawak sepasang kasut size 6,
dia kata, "cuba ni"
aku cakap, "kaki i size 5".
dia pun pergi, bawak sekali kasut tu,
aku pun pilih lagi.
:)

tiba-tiba dia datang lagi sambil membawa kasut yg sama,
tapi kini dengan saiz yg lebih kecil, saiz 5.

kini aku faham,
dia memang nak aku pakai kasut ni.
ceh ~ baik tak payah suruh aku pilih.
HAHA
:P

apa-apa pun,
i tak memilih,
i suka kasut tersebut ! hee
i suka apa pun hadiah dari u.
thank you my love!
:)

(gambar kenangan)





***

pada petangnya,
selepas aku mandi,
aku menerima panggilan dari 1 nombor
yg tidak kukenali.

ada orang nak buat surprise,
memandangkan aku dan sahabat serumah baru sahaja berpindah,
mereka yang nak buat  surprise tu tak tahu di mana rumah ku,
sehinggakan mereka telah terketuk salah pintu rumah,
HAHAH
:D


terpaksalah mereka call aku.
sewaktu aku bukak pintu,
terdapat adik kesayanganku bersama sebuah birthday cake,
Nurul Nelysa Syafira Binti Abdul Halim (Angah) 
bersama 2 orang lagi sahabatnya (Najiha dan Ashraff).


aku tidak mengharapkan apa-apa 
tetapi bila dah dapat, aku hargai.
terima kasih adikku sayang di atas usahamu 
membuat kejutan, kaklong hargai !
sayang Angah !
:)

soul mate

teman susah senang

teman bercakaran

sedap cake tersebut,
di buat khas oleh Mak kepada sahabat adikku,
Mak kepada Asyraff (Cik Yang).
terima kasi acik !
sedap sangat kek tu !

dek kerana ada urusan lain,
mereka terpaksa balik cepat selepas solat maghrib di rumahku.
terima kasih sekali lagi !
:)

***

malam itu tiba-tiba
Encik Kumbang ajak aku makan malam bersama.
candle light dinner la konon-kononnya.
:P

aku call sepupu akrabku, Norkhayati (Akak),
kot-kot kalau dia boleh join kami makan malam.
tapi malangnya, dia masih dalam perjalanan dari Perak.
Maka kami berdua pun pergi makan di Seksyen 9.
Nasi Ayam Penyet AP !
terima kasih for the day !
:)

sedang aku makan,
tiba-tiba dapat sebuah message dari Kak Ina.
Dia menghantar pesanan,
"Kami pergi ke Restoran Tupai-Tupai"
aku pun terfikir,
alamak, diorang nak pergi buat assignment !
memang kami ada assignment
 yg memerlukan kami untuk menilai restoran.
-.-'
aku lantas balas,
"takpe ke kak, kite takde??"
kak Ina jawab,
"takpe..eed makanlah dengan bobok ye..jangan risau.."
aku pun ape lagi,
kasi chance ni !!
teruskan makan sambil bersembang dengan Encik Kumbang.
:)

***

sewaktu aku pulang,
mereka semua sudah berada di rumah.
Sambil aku bersiap untuk solat Isyak,
aku bertanya kepada mereka,
"Tupai-Tupai tu nak bagi kerjasama ke kak?"
mereka diam.
lambat-lambat Kak Ina yg menjawab
"tak, dia taknak layan sangat"
hampa.
T.T




***

selepas solat,
aku mengaji sikit,
aku lihat hanya Mek yg tinggal sedang menonton
movie melalui laptopnya.
Kak Ina dan Kak Dila masing-masing 
sudah masuk bilik untuk tidur.

selesai solat,
aku on notebook aku untuk online.
Sambil aku online membalas segala pesanan-pesanan
ucapan oleh rakan-rakan Facebook,
tiba-tiba Mek menghulurkan sekotak hadiah.
:')

terdapat 3 utas keronsang yang berjuntai di dalam kotak tersebut.
aku senyum, lalu mengucapkan terima kasih!
terima kasih lagi sekali kak Mek ! hee
:)

lama jugak aku mengambil masa untuk membalas
semua ucapan-ucapan selamat berserta doa 
dari rakan-rakan di Facebook.
sehinggalah jam menunjukkan pukul 1 pagi,
aku mula berasa penat dan mengantuk,
aku off notebook lalu menuju ke bilik.

***

di bilik,
seperti biasa,
sebelum menarik selimut,
aku akan mencari bantal busukku (Si Bintang Hati) 
pemberian Encik Kumbang 3 tahun yg lalu.

sedang aku meraba-raba di dalam gelap,
tiba-tiba aku dapat merasakan aku sudah menyentuh
Si Bintang Hatiku,
akan tetapi terdapat sesuatu di atasnya.

"eh hadiah !"
aku ter bersuara kuat.
tiba-tiba Kak Dila dan Kak Ina bersuara,
"yela..lambat betul masuk bilik"
Ya Allah,
mereka tunggu aku rupanya !
dah berejam mereka tunggu aku.
dah la Kak Dila memang tak biasa tidur lewat.
bersalah pulak aku.
T.T

aku bukak lampu bilik untuk melihat hadiah-hadiah tersebut,
Sehelai tudung bawal yg sangat cantik dan 
seutas jam tanganberwarna hijau kegemaranku !
aku suka sangat !
aku bersalam dengan mereka sambil mengucapkan
terima kasih.
:')





terima kasih akak-akakku !
aku sayang kalian,
sampai syurga insyaAllah !
semoga persahabatan kita sampai ke syurga !
:')

memang setiap tahun kalian ada kejutan untukku
tanpa ada alasan untuk mengelak,
kite sayang korang !
hee.. geram !
rupanya bukan pergi Tupai-Tupai buat assignment,
pergi beli hadiah rupanya !
ngee !
happy sangat !
malam itu aku tidur sambil tersenyum !
:)

ALHAMDULILLAH !
atas segala kurnian dan limpah kurnia-Nya !
aku bersyukur Ya Allah.
:')

Esoknya Selasa,
selepas kelas,
kami dan rakan sekelas beramai-ramai,
pergi makan nasi ayam penyet,
kini di Seksyen 7, kedai baru bukak, ada promosi 50% off.
:)

selain itu,
aku mendapat sebungkus coklat yg sangat sedap oleh
Kak Nisa ! terharu sangat ! tak sangka akak nak bagi
hadiah hari jadi ! yela, kitorang bukan sama kelas.
tapi tetap, kite tak pernah menolak.
Terima Kasih !
 HAHA :D

last but not least,
seminggu kemudian aku menerima hadiah yg comel
dari sahabatku Wahadatul Arta'ah.
:)


terima kasih Waha !
aku memang suka cartoon ni !
aku sangat suka sebuah cell yg bernama Chlamydomonas
sejak dari aku Form 3.
disebabkan itu aku menggunakan email eed_chlamy@yahoo.com
terima kasih sekali lagi !
:')

akhir kata,
hari lahir ku yang ke-22 sangat menggembirakan
seperti sebelum-sebelumnya.
Cuma setiap tahun ada nilai tersendiri.
dan aku sangat hargai semua saat dan detik-detik indah
di hari lahirku sejak aku lahir hingga ke hari ini.
Ahamdulillah, syukur.
:')

sekian dahulu untuk cerita kali ini,
wassalam.
:)