Thursday, 28 July 2011

puding cocktail !

semalam ibu cakap nanti ada potlaq kat sekolah ibu.
ibu bercadang nak bawa salad buah-buahan.
so,
petang semalam aku teman ibu cari barang-barang yang diperlukan.
semestinya buah-buahan.
:)

tiba-tiba...
aku dengan tiba-tibanya teringin nak makan puding cocktail dengan buah-buahan.
aku tau ibu mesti tak guna semua buah-buahan,
so aku pun mintak la sikit.
;)

dalam supermarket tu aku terfikir-fikir,
aku pun cari barang-barang yang aku perlukan.
susu pekat. 
susu cair.

apa lagi ye bahan yang diperlukan?
seingat aku,
tepung custard ada kat rumah tu.
okay la tu, guna apa yang ada.
:)

lagi?
nak beli jugak lah fruit mix dalam tin tu :P
hehe
nanti banyak sikit buah !

aku pernah buat sendiri puding ni masa Form III,
itu pun atas tunjuk ajar ibu.
masa tu dekat Ampang Girls.
subject Kemahiran Hidup.
sebelum tu masak dekat hostel guna dapur cik timah.
o'ow...tiba-tiba rindu cik timah !
:)





***


maka,
selepas masak nasik dan lauk-lauk tengahari,
aku pun mulakan operasi aku.
hehe.

si labu aku ni tak pernah tak menyibuk,
AEMEER HAMZAH.
okay la tu..
ada jugak teman berborak.
berborak ke ??
banyak sangat pertanyaannya.
=.='



***


mula-mula,
aku masukkan tepung custard yang aku nampak dalam tupperware itu hari.
tak banyak rupanya.
=.='

adoy~
takpe.

nak masak ni,
yakin tak yakin,
aku pegang 1 ni je.

" KITA YANG BUAT DIA,
NAK TAK NAK,
DIA TETAP AKAN IKUT KITA. "

yes !
kite yang buat dia !
:)

okay..okay..sambung !
aku masukkan lah tepung custard tersebut ke dalam sebuah periuk.
kemudian aku masukkan setengah cawan susu pekat manis.
dan aku balas dengan air yang aku sendiri tak pasti berapa banyak.
ikut sedap aku je masukkan secawan demi secawan air tadi.
lupe kira daaa~
agak-agak jelaa kan?
taknak pekat sangat, taknak cair sangat.
dan secubit garam.
:)

 dengan api yang perlahan,
aku kacau je bancuhan tersebut.
" kacau sampai lenguh "
orang muda cakapkan.
 :P

kacau dan kacau lagi.
sampai likat.
pekat.

time ni dah menggelegak dah !
yeah !
:)

lepas dah menggelegak tu aku masukkan ke dalam bekas.
tunggu sampai sejuk lah.
baru sedap makan.
:)

sementara tunggu sejuk tu,
aku pon sediakan buah-buahannya.
buah ibu beli yang aku dah potong halus
+
buah-buahan campur dalam tin
=
buah-buahan yang BANYAK !!!
tadaaaa~
banyak kan?
lebih banyak buah daripada pudingnya.
:P





***



aku masukkan puding ke dalam fridge,
sementara tunggu posture puding tu keras,
aku dan aemeer hamzah pergi tanah.

tiba-tiba,
" kaklong, nah bunga ! "
wah !
romantic !
:)

inilah bunganya.
bunga ke??
daun je kaklong nampak.
:P

apa pun jua,
TERIMA KASIH SAYANG !
:)



***



masa ayah balik tengah hari tadi,
aku hidangkan ayah puding cocktail.
:)

alhamdulillah.
tak keras sangat dan tak lembik.
" sedang elok "
itu kata aku la.
HAHAH
:D

next,
aku campurkan buah-buahan campur
dan sedikit susu cair.

tadaaaa~
siap sedia di hidang
:)


sekian.
:) 

Wednesday, 27 July 2011

Senyum !


Manis wajahmu kulihat di sana,
Apa rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.
Senyuman...senyuman

Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,
Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.
Senyumlah senyumlah

Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita hanya kerana Allah,
Itulah senyuman bersedekah.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

:)

sesungguhnya senyuman itu sedekah paling mudah !

senyumlah seperti Rasulullah !
senyumannya bersinar dengan cahaya..
:)


If you smile at someone, they might smile back.

Life is like a mirror, we get the best results when we smile at it.

there is no  smiling face that was not beautiful !

If you don't start out the day with a smile, it's not too late to start practicing for tomorrow.




BAHAGIA DENGAN SENYUMAN :








Every day you spend without a smile, is a lost day.

so,

Keep smiling - it makes people wonder what you've been up to. 

and,

It takes seventeen muscles to smile and forty-three to frown.

Ikan Jantan Bunting ?

‘ Fenomena ikan jantan yang berubah secara fisiologi mempunyai ciri- ciri kebetinaan 
dimana ia mula membina protein yang terlibat di dalam pengeluaran telur oleh ikan betina 
dan berlaku perkembangan peringkat awal telur di dalam testes di kesan,  kejadian ini 
dikaitkan dengan kehadiran bahan estrogen (pil perancang keluarga) di 
dalam sungai ’

ini adalah berkaitan :
PELUPUSAN UBAT-UBAT


ini merupakan salah satu kesan daripada cara pelupusan ubat yang tidak betul.

sekiranya hal ini tidak dikawal,
ia akan terus memberi kesan buruk kepada alam sekitar,
terutama sekali hidupan seperti manusia dan haiwan.

Oleh itu,
adalah penting bagi kita semua tahu cara melupuskan ubat dengan cara yang betul.

Sebelum menjalankan pelupusan ubat,
kita dinasihatkan :

- Membuang label pada bekas ubat bagi 
melindungi maklumat sulit berkaitan 
kesihatan anda.

- Tidak berkongsi ubat dengan orang lain. Ini 
adalah kerana keperluan ubat - ubatan 
bagi setiap individu adalah berbeza. 

CARA-CARA PELUPUSAN UBAT-UBATAN 
YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN OLEH SEMUA :

1. Elakkan dari mengepam (flushed) sisa ubatan ke 
dalam lubang tandas melainkan terdapat arahan 
yang membenarkan anda berbuat demikian.


2. Sekiranya tiada arahan pelupusan tercatat pada
 label ubat, sisa ubat boleh dibuang ke 
dalam tong sampah dengan cara: 

•  Mencampurkan ubat tersebut dengan hampas teh 
atau kelapa. Ini adalah untuk mengelakkan dari
 ubat-ubatan tersebut digunakan semula oleh
 orang lain dan diambil oleh kanak-kanak
 atau haiwan peliharaan.

•  Campuran ini dimasukkan ke dalam “sealable bag”,
tin kosong atau dalam bekas lain yang boleh 
ditutup ketat supaya tidak tumpah. 

3. Sisa ubat-ubatan tersebut boleh di hantar ke
 jabatan-jabatan farmasi di hospital 
dan klinik kerajaan di mana: 

•  Sisa ubat tersebut akan dibuang ke 
dalam tong sisa klinikal.

• Tong sisa klinikal ini akan di hantar ke 
pusat pembakaran  (incinerator) di 
mana ubat-ubat ini akan dibakar
pada suhu 1100°C. 

• Proses ini dikawal selia 
oleh Jabatan Alam Sekitar.

TAKE NOTE !
ubat yang mengalir dan larut dalam air,
apabila air tersebut diguna pakai semula oleh kita,
kesan ubat tersebut akan memberi kesan terhadap diri kita.

SO ,

ubat-ubatan yang sudah tidak digunakan lagi
perlu dilupuskan dengan cara yang betul.

:)

Monday, 25 July 2011

kuih buah melaka !

Hari Jumaat 22 Julai yang lalu,
aku buat kuih buah melaka,
kuih kegemaranku !
:)

for the first time in my life,
aku buat sendiri kuih ni.
hihi :P

memandangkan hari tu ayah telefon dan bagitau ayah aku beli lauk.
so,
aku tak payah la masak !
yeehaaa !
yabedabedu~
:)

dan apalah salahnya aku guna masa tersebut untuk buat kuih buah melaka kegemaran aku kan?
:)

sepanjang praktikal di Fadzilah & Fikri Sdn. Bhd.,
aku selalu beli kuih ni,
5 bijik seringgit !
=.='
mahal kan?
tapi berbaloi lah,
sebab sedap dan besar jugak lah size dia.


so,
aku pon check dapur.
cukup tak bahan?

hari tu ayah ada beli tepung pulut.
kelapa ada 2 bijik lagi.
dan
gula kabung pun ada !
hmmmmm~
:)

oleh kerana ini cubaan pertama,
aku tak berani lah nak buat banyak-banyak.
tak jadi nanti membazir je kan.

aku buat setengah kilo tepung pulut.
lepas tu aku isi air sikit demi sedikit supaya adunan tak terlalu lembik.

aku masukkan pewarna hijau ni sikit.
jumpa dalam simpanan alat-alat buat kuih raya ibu. 
hihih
:P

jadilah macam ni.
:P




ini lah gula kabung yang aku suka sangat ni !
:)

aku potong gula kabung tadi hingga mengikut size yang aku nak.
:P





sebijik kelapa yang belum pun dibelah,
memang menguji keayuan gadis melayu aku.
hoho :P

tadaaaa~
berjaya jugak aku belah kelapa ni.
walaupun tak smart,
herot-berot !
kire okay lah kan?
percubaan pertama ni......
kuikuikui :P

next,
kena lah parut kelapa manually.
=.='

lagi satu ujian.
buat pertama kalinya aku memarut kelapa secara manual.
hihi :P

  jangan tak percaya,
berjaya !
:)
 HAHAH :D


***



then,
aku bulat-bulatkan doh hijau aku tadi dan masukkan seketul gula kabung ke dalamnya.
sementara tu,
aku jerang air di dalam periuk.
sekarang sudah ready nak di masukkan ke dalam periuk yang ada air tadi.

***

bila mereka timbul,
aku tangguk mereka.

HAHAH :D

kemudian aku salutkan mereka dengan kelapa yang sudah di parut tadi.

MAKA...
 hasilnya adalah seperti ini :


HAHAH :D

okay apa?
kuikuikui ! 
:P


tapi,
adik-adik aku berebut makan.
aemeer hamzah siap suruh buat lagi.
;)

sampai aku terpaksa sorokkan sedikit untuk ibu dan ayah aku.
supaya bila ibu rasa,
ibu cakap "dah boleh kahwin anak aku ni..."
cakap dalam hati pon okay dah !
ooops !
:P

Tuesday, 19 July 2011

Membaca Ayat Al-Kursi Selepas Solat.





Nabi Muhammad SAW berkata,

“Siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya masuk Syurga melainkan dia mati.”

Hadis tersebut menyatakan kelebihan membaca ayat al-Kursi selepas solat.
Siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardu
maka,
 tidak ada apa yang dapat menghalangnya daripada masuk Syurga
kecuali mati.
iaitu,
 tidak ada syarat lain untuk dia masuk Syurga
 melainkan
 dia perlu menghadapi kematian.



 Perkara yang ada di antara seseorang itu dengan Syurga hanyalah maut,
seolah-olah maut itu berkata :
 ‘Kamu kena melepasi aku dahulu sebelum masuk Syurga.’

 (Lihat : al-Taysir Bisyarh al-Jami’ al-Saghir, 2/844)

sesungguhnya,
Rasulullah bersabda,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" 

Durian dan Pulut !


petang semalam ayah pulang dengan membawa durian sebanyak 4 ikat.
4 biji seikat.

berapakah jumlah durian yang ayah bawa pulang?

pastinya : 16 biji !
:)

seikat rm10.
boleh tahan lah harga tu.
kalau dekat shah alam,
mahal !


dan,
syukur Alhamdulillah !
setiap biji yang kami makan rasanya berbeza dan semuanya sedap !
:)

puas hati sangat !
hehe
:)

aku memang penggemar durian dan rasanya dah lama aku tak menghadap durian macam semalam.
:P

bertambah selera aku bila durian tersebut di makan dengan pulut.
masyuk !!!
:D

aku ada jugak tanye kawan aku,
pernah tak makan pulut dengan durian?

ramai yang jawab pernah,
tetapi...
pulut dan durian yang kebanyakan mereka cakapkan itu bukanlah seperti yang aku maksudkan.
seperti contoh mereka,
pulut dengan kuah manis,
serawa durian denmgan pulut,
kuah durian makan dengan pulut, 
dan lain-lain lagi..
:)

yang aku maksudkan ni simple je.
buah durian yang fresh, tak perlu di masak,
di makan sebagai lauk kepada pulut.
kuahnya ialah air garam atau pun santan.
:)

cara makan ni ayah aku yang ajar,
memandangkan ayah orang utara,
mungkin orang utara tau cara makan durian macam ni.
:)

cara-caranya :

masaklah pulut dengan apa cara sekalipun,
ada yang kukus,
manakala ibuku cuma masak guna rice cooker.

sediakan air garam,
sebagai kuah.
jangan banyak sangat.
masin !
sesedap cukup rasa je.

dan..
pastinya di makan dengan buah durian. 
maaf gambar gegar.
ini jelah gambar yang ada pun nye !
sebab dah tak sabar nak makan.
:)

maka,
siap sedia untuk di makan :

peh !
memang mantap !
marbelous !
:)

Monday, 18 July 2011

ungkapan InsyaAllah

kata-kata seperti :
" Jangan bimbang, semuanya di tanggung beres "
dan sama maksud dengannya
adalah dikesali dan ia sebaik-baiknya tidak diucapkan oleh orang Islam.

ini kerana, 
ia menampakkankejahilan berkenaan Islam yang ketara lebih-lebih lagi adalah akidah, tauhid dan kekuasaan Allah.
sebagai hamba Allah yang serba kekurangan dan lemah, kita sebaik-baiknya tidak mengatakan sesuatu kerja ataupun setiap projek yang dirancang pasti berjaya kerana kejayaan usaha dalam usaha dan rancangan itu bergantung pada kehendak dan kekuasaan Allah. 

Justeru, kita perlu "mengalas" atau menyandarkan ucapan dengan perkataan 
" insyaAllah "

Al-Quran ada menerangkan dalam surah Al-Kahfi, ayat 23 dan 24 :




And never say of anything, "Indeed, I will do that tomorrow,"

Except [when adding], "If Allah wills."
 And remember your Lord when you forget [it] and say,
 "Perhaps my Lord will guide me to what is nearer than this to right conduct."

Dan janganlah kamu berkata berkenaan sesuatu, " saya akan lakukan perkara itu esok, "
kecuali jika dikehendaki oleh Allah.
:)

Ayat itu jelas mengajar kita supaya menyebut perkataan " insyaAllah "
bagi setiap urusan yang dilakukan pada masa hadapan.

dalam buku " Dato' Dr Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian ( Edisi Kemas Kini ) "
ada mengongsikan sebuah cerita berlaku pada suatu masa dahulu berkaitan seorang lelaki yang mempunyai dusun buah-buahan.

Apabila mendapati buah-buahan di kebunnya sudah masak, beliau siap sedia dan terus ke dusun bagi mengutip buah-buah yang masak.

semasa dalam perjalanan, beliau bertemu dengan seorang teman yang bertanya,
" saudara hendak ke mana? "

Lantas beliau menjawab,
" Hendak ke dusun memetik buah. "

Kemudian sahabatnya berkata,
" Sebaik-baiknya katakanlah InsyaAllah. "

Beliau membalas,
" Apakah perlu menyebutnya kerana saya sudah pasti buah-buah itu sudah masak, hanya perlu memetiknya sahaja."

Beliau terus berlalu dan menuju ke dusunnya.
Sebaik sahaja sampai ke dusun, beliau terperanjat apabila tiada sebiji pun buah yang masak.
Beliau menyangka ia sudah dicuri, lalu beliau pun pulang dengan perasaan hampa dan penuh penyesalan.

Maka,
kerapkanlah mengucapkan ungkapan InsyaAllah berkaitan sesuatu yang belum pasti.
:)