‘ Fenomena ikan jantan yang berubah secara fisiologi mempunyai ciri- ciri kebetinaan
dimana ia mula membina protein yang terlibat di dalam pengeluaran telur oleh ikan betina
dan berlaku perkembangan peringkat awal telur di dalam testes di kesan, kejadian ini
dikaitkan dengan kehadiran bahan estrogen (pil perancang keluarga) di
dalam sungai ’
ini adalah berkaitan :
PELUPUSAN UBAT-UBAT
PELUPUSAN UBAT-UBAT
ini merupakan salah satu kesan daripada cara pelupusan ubat yang tidak betul.
sekiranya hal ini tidak dikawal,
ia akan terus memberi kesan buruk kepada alam sekitar,
terutama sekali hidupan seperti manusia dan haiwan.
Oleh itu,
adalah penting bagi kita semua tahu cara melupuskan ubat dengan cara yang betul.
Sebelum menjalankan pelupusan ubat,
kita dinasihatkan :
- Membuang label pada bekas ubat bagi
melindungi maklumat sulit berkaitan
kesihatan anda.
- Tidak berkongsi ubat dengan orang lain. Ini
adalah kerana keperluan ubat - ubatan
bagi setiap individu adalah berbeza.
CARA-CARA PELUPUSAN UBAT-UBATAN
YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN OLEH SEMUA :
1. Elakkan dari mengepam (flushed) sisa ubatan ke
dalam lubang tandas melainkan terdapat arahan
yang membenarkan anda berbuat demikian.
2. Sekiranya tiada arahan pelupusan tercatat pada
label ubat, sisa ubat boleh dibuang ke
dalam tong sampah dengan cara:
• Mencampurkan ubat tersebut dengan hampas teh
atau kelapa. Ini adalah untuk mengelakkan dari
ubat-ubatan tersebut digunakan semula oleh
orang lain dan diambil oleh kanak-kanak
atau haiwan peliharaan.
• Campuran ini dimasukkan ke dalam “sealable bag”,
tin kosong atau dalam bekas lain yang boleh
ditutup ketat supaya tidak tumpah.
3. Sisa ubat-ubatan tersebut boleh di hantar ke
jabatan-jabatan farmasi di hospital
dan klinik kerajaan di mana:
• Sisa ubat tersebut akan dibuang ke
dalam tong sisa klinikal.
• Tong sisa klinikal ini akan di hantar ke
pusat pembakaran (incinerator) di
mana ubat-ubat ini akan dibakar
pada suhu 1100°C.
• Proses ini dikawal selia
oleh Jabatan Alam Sekitar.
TAKE NOTE !
ubat yang mengalir dan larut dalam air,
apabila air tersebut diguna pakai semula oleh kita,
kesan ubat tersebut akan memberi kesan terhadap diri kita.
SO ,
ubat-ubatan yang sudah tidak digunakan lagi
perlu dilupuskan dengan cara yang betul.
:)
No comments:
Post a Comment