Friday, 23 December 2011

Tamat Part V

Pada hari Selasa bersamaan 20 Disember 2011,
merupakan hari terakhir aku dan kawan-kawan
membuat presentation untuk semester 5 ini.

so, lepas ni dah takda kelas,
tinggal study week dan final exam.
huhuh
cool
i'm not going to write about final exam,
not in the mood yet.
:)

so, hari Selasa tu meriah dengan sesi bersama kamera.
layan..

inilah kumpulan kesayangan aku !

sayang korang !

after our group presentation.

these are my lovely sistah.

kak Ina

kak Dila

Azreen

mek

me

the super girls



merepek sudaa


konon-kononnya tgh cakap,
"yes ! dah habis Part 5"

sweet

kak dila, again.

mek, again.

yaw, peace kak ina ! 

last, me.
maka tamatlah kelas untuk semester 5 ini.
:)

dek kerana itu,
kami telah buat kenduri kesyukuran sikit
bagi meraikan kejayaan kami semua yang telah
berjaya menempuh dugaan dan cabaran sepanjang semester 5 ini.

sekalung TAHNIAH buat kami !
:)

lauk kenduri yang kami sediakan sendiri :

cendawan goreng,
ada jugak sotong goreng.

sayur kubis masakan mek.

kuah kicap kegemaran kami.

ayam masak kurma.

udang goreng kunyit, best punye !

jemput makan !
:)

sekian,
terima kasih kepada
semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung !
:)

Thursday, 15 December 2011

Aemeer Hamzah !


assalamualaikum..

hari ni aku geledah balik folder-folder
kat notebook aku ni,
aku tengok folder Aemeer Hamzah,
tergelak aku tengok balik video dia.

memang kaklong rindu Aemeer Hamzah !
=.='

nanti lepas kaklong exam,
kaklong balik rumah,
kaklong jaga Aemeer Hamzah ye?
:)

video ni aku record masa bulan puasa tahun ni,
ibu dan ayah ada belikan Aemeer Hamzah 
kasut raya yang berlampu-lampu.
dia yang pilih sendiri kasut tu.
tak sempat-sempat tunggu raya,
dia dah bergaya dengan kasut raya dia
ke seluruh rumah.
=.='

aku sebagai kaklong,
terpaksa sorokkan kasut tu dari pandangannya,
sebab aku rimas tengok dia duk bergaya sakan
ke hulu ke hilir dengan kasut tu.
hahah !
:)

video ni laa antara ragam dia bila
kasut raya kesayanggannya 'hilang'
:P

lawak sangat !
:D
tak tertahan rindu aku dekat budak ni !
hu


yang ni pulak video Aemeer Hamzah 
waktu aku ajar kakak-kakak dia mengaji,
dia boleh pi sarung baju kurung kakak dia,
kakak dia pun pi sarungkan tudung kat dia.


haish !
geram sungguh !
:')
rindunya..





kaklong betul-betul tengah rindu
Aemeer Hamzah ni !
=.='

gambar-gambar ni semua masa 
kaklong teman Aemeer Hamzah
main kat taman permainan.

hmm.
rindunya !

sekian,
wassalam.

Monday, 12 December 2011

Bubur durian !

petang tadi kak dila menyuarakan
hasratnya untuk makan bubur durian.

selepas asar kak ina dan kak dila keluar
untuk membeli durian,
aku kemalasan sedikit untuk keluar.
hehe
:P

seperti aku khabarkan sebelum ni
pada entri yang sebelum ini,
durian di Shah Alam memang mahal.
=.='

sekilo RM9.
dan akak-akakku membeli 2.5 kg durian,
bersamaan dengan 2 biji durian.

inilah duriannya,
mahal tapi berkualiti,
sedap !
 :)
kami makan seorang seulas sahaja 
dan selebihnya digunakan untuk buat bubur durian.
:)

bubur durian ini di masak oleh kak ina
dengan caranya sendiri,
cara orang Sarawak !
:)

kak ina rebuskan kacang hijau di dalam kuali.
kami guna kuali sebab periuk masih berisi 
dengan ayam masak lemak cili api,
al-maklumlah rumah bujang,
bilangan kuali dan periuk adalah terhad.

sementara itu, kak ina jugak merebus biji sagu.
biasanya aku tengok ibu aku masukkan sekali
biji sagu yang telah di rendam bersama-sama
kacang hijau yang telah direbus tadi.

tetapi cara kak ina kali ni,
merebus biji sagu dengan berasingan.
kerana menurut kak ina, dia tak suka 
kuah biji sagu tu melekat-lekat.
haha
:D

selepas mendidih,
kak ina tapis bji sagu tersebut dan
membasuhnya - buang lendiran.
dan seterusnya mencampurkan biji sagu tersebut
ke dalam kuali rebusan kacang hijau tadi.
:)

santan kelapa.

kemudian kak ina masukkan santan ke
dalam kuali rebusan kacang hijau tadi.

daun pandan untuk keharuman bubur durian !
:)

kemudian kak ina masukkan gula melaka favourite kami !
:)

dan akhir sekali, kak ina masukkan beberapa biji durian
yang telah diperuntukkan untuk membuat bubur durian ini.
:)
selepas memasukkan gula secukup rasa,
maka telah siap sedialah bubur durian
idaman kak dila untuk di jamu.

sekian,
terima kasih !
:)

Sunday, 11 December 2011

Cintaku mengaum !


dulu aku pernah ada laptop,
pemberian ayah dan ibuku.
tak sampai beberapa bulan umurnya bersamaku,
aku sudah kehilangannya.

al kisah...
suatu hari,
masa aku pergi kelas,
ada orang yang tak berhati perut
memecah masuk bilik aku,
dan mengambil laptop aku tanpa izin aku
dan tidak memulangkannya hingga ke saat ini.
=.='

aku menangis, seakan-akan tak percaya
bahawasanya aku telah kehilangan laptop yang
baharu saja menjadi milikku.
=.='

okayy..
saja nak kenang sikit cerita lama,
kini aku sudah pasrah.
mungkin bukan rezeki aku untuk memilikinya.
:)

namun begitu,
aku sudah ada penggantinya !
oleh kerana aku amat sayangkan pengganti yang baru ini,
aku namakannya 'CINTAKU'.
aku berharap perkara lama takkan pernah berulang lagi.

tapi kali ni,
aku beli sendiri,
yang murah sikit,
note book.
:)

inilah CINTAKU aku !

aku pernah beli cover untuk make-up
CINTAKU.

tadi kak dila tanya,
"bila nak pasang cover ni?"

aku balas,
"kite tak cermat, akak tolong laa.."

dan kak dila setuju nak tolong aku !
yay !
:)


hah..kan aku dah cakap, kak dila cermat orangnya,
kalau aku takda guna pembarisnya.
:D

maka hasilnya,
tadaaa~

smart woo !
aku sukaaa !
:)

CINTAKU mengaum !

garang tak??
hehe
:)

aku sayang CINTAKU !

terima kasih kak dila !
sebab tolong make-up kan kite punya CINTAKU.
kite suka wajah baru CINTAKU !
:)


***



nak ucap terima kasih jugak kepada encik kumbang
sebab dah gantikan pencil case baru !
:)

sebelum ni...

hujung nya dah terkoyak habis,
masukkan pen,pensil, semua terkeluar balik,
serupa macam takda bekas.
hehe
:)

ini bukan kesan jahit,
ini adalah kesan stapled oleh kak dila yang perihatin !
:)
kak dila yang stapled pencil case aku.
tapi sekarang tidak lagi.
:)

jumaat lepas,
sewaktu berjalan-jalan dengan kak dila dan encik kumbang,
kami terberhenti di satu kedai,
dan aku berjaya mendapatkan ini dari encik kumbang !
tadaaaa~
:)

cantik !
:)
encik kumbang siap pesan, beli la yang besar sekali,
boleh kongsi untuk satu kelas terus.
=.='
mana ada besar,
biasa laa ni kan?
:P

kad birthday dari encik kumbang,
tahun 2009 punya.
:)

menjadi lebih bersemangat untuk ke sekolah !
hehe
:)

iklan :

nama saya Cinta,
umur saya dah 3 tahun !
hahah
:D

 sekian,
terima kasih.
:)

sejarah dodol padaku!


Semalam aku makan dodol,
Kak Ina bawak.
dodol perisa durian, dari Melaka.
sedap sangat !!!
:)


aku memang suka dodol sangat-sangat !
aku pun tak pasti sebenarnya kenapa aku 
suka sangat makan dodol.
lagi-lagi nak dekat raya,
ramai orang duk jual dodol.
aku mesti tiba-tiba teringin nak makan dodol.

kalau on the way balik kampung,
berhenti rehat sekejap dekat RnR,
ada nampak khemah orang jual,
aku pesan dodol kat ibu aku.
:)

aku suka sangat kalau dodol tu tak keras sangat,
tak liat sangat, sedang-sedang je.
manis pun sedang-sedang.
:)

lama kelamaan ibu aku perasan yang 
aku suka makan dodol.

ibu pernah tanya aku,
"along suka makan dodol ye?"

aku,
"suka !"

ibu sambung,
"along tau, masa mengandungkan along,
ibu mengidam makan dodol laa.."

aku,
"padan laaa.."

:)

inilah ibuku yang mengandungkan aku selama 9 bulan,
dan mengidamkan dodol semasa mengandungkan aku.
:)
sayang ibu !
:)

hee..rupanya ibu yang ajar aku makan dodol
sejak aku dalam perut lagi.
mungkin sejak dalam perut aku dah rasa
yang dodol ni sedap,
sebab tu aku suka sampai sekarang.
hehe..mungkin !
:)

ye,
sampai sekarang aku suka !

hmm,
nanti satu hari,
aku nak belajar buat dodol laa.
:)