Sunday 25 March 2012

cerita sang kerengga !


assalamualaikum..

semalam aku berjalan ke Jusco Bukit Tinggi 
menghabiskan baucer yang ada baki RM100 lagi tu 
kat kedai buku Popular.

aku tak tahu nak beli apa.
so, aku decide nak beli hadiah buku
untuk adik-adik aku.
:)

okay,
entry kali ni sebenarnya aku nak kongsikan
sebuah cerita yang terdapat di dalam salah sebuah
buku cerita bergambar yang aku ingin hadiahkan
untuk Muhammad Aemeer Hamzah yang berusia 4 tahun.

cerita tersebut bertajuk
SANG KERENGGA


***

Di dalam sebuah hutan, terdapat Sang Kerengga
yang hidup berjiran dengan Sang Semut.

Pada suatu hari, Sang Kerengga dan Sang Semut
pergi ke kuala sungai kerana ada jamuan makan. 

Di pertengahan jalan,
mereka bertemu dengan Sang Tikus
yang hendak ke jamuan makan di kaki bukit.

Sang Kerengga menjadi sangat tamak.

Sang Kerengga mahu makan di kedua-dua
jamuan itu, lalu disuruhnya Sang Semut pergi dahulu.


Sang Kerengga mundar mandir di tempat itu
kerana tidak tahu hendak pergi ke mana dahulu.


Sang Kerengga mengikat perutnya kerana lapar.
Tiba-tiba Sang Belalang muncul.

Sang Belalang mengajak Sang Kerengga
pergi ke jamuan di kaki bukit.

Tetapi malang bagi Sang Kerengga
kerana ia ditinggalkan Sang Belalang
yang asyik melompat dengan pantasnya.

Sang Kerengga terfikir,
"Jika aku ikut Sang Semut tentu aku dah kenyang."


Ketika sedang berangan-angan,
tiba-tiba Sang Kerengga ditegur oleh Sang Semut,
"bagaimana jamuan di kaki bukit?"

Sang Kerengga terkejut kerana Sang Semut 
telah pulang dari kuala sungai.

Maka Sang Kerengga terus berlari ke kaki bukit.

Sedang Sang Kerengga tercungap-cungap,
tiba-tiba Sang Kerengga ditegur oleh Sang Tikus pula,
"Bagaimana jamuan di kuala sungai?"


Sekali lagi Sang Kerengga berasa sedih.
Ia menyesal kerana bersikap tamak.

Sang Tikus bersimpati kepada Sang Kerengga
lalu memberikan sedikit makanan kepadanya.

Tanpa berlengah, Sang Kerengga membuka
 ikatan diperutnya.
Alangkah terkejutnya ia kerana
 perut dan pinggangnya telah menjadi ramping.


Akibat sikap tamaknya, 
pinggang Sang Kerengga telah menjadi
ramping sehingga ke hari ini.




***


hebat tak cerita ni?
hahak !
:D
menarikkan?

aku hiburkan akak-akak aku sambil
mereka makan tadi sambil membacakan
cerita Sang Kerengga ini kepada mereka.

selepas tamat aku bercerita,
antara komen akak-akak aku ialah,
mek, "padanlah Kerengga ramping..memang depa tamak pon ! "
serius je cakap.
=.='

tambah mek lagi,
tengoklah spesies Kerengga dan Semut,
kat mana-mana je dorang nak makan,
tamak !
=.='


***


so, apa pengajaran dari cerita ni?
mudah, jangan tamak. 
nanti jadi macam Sang Kerengga,
apa pon tak dapat.
lapar yang dapat.
=.='

tapi untunglah, kerengga jadi ramping dek ketamakkannya.
jangan ikut !!
:)

okay,
biasalah, cerita dongeng kanak-kanak !
harap-harap Aemeer suka !
insyaAllah !
sekian, wassalam.
:)

No comments:

Post a Comment