Sunday 30 December 2012

Convocation Day !


Assalamualaikum..

kali ni rasa nak menaip,
memandangkan dah jarang sekali
rasanya update blog.

kali ni aku nak post entry
berkaitan Hari Graduasi aku.
HAHAHA

mungkin ini cerita basi,
tapi aku tetap nak abadikan dalam blog ni.
biarlah blog ni menyimpan segala kenangan
yang aku rasa perlu untuk aku abadikan.
:)

pada hari graduasi aku,
semua adik beradik dan ibu ayah aku hadir bagi meraikan aku.
sungguh terharu,
:')
sangat-sangat berterima kasih kepada ibu dan ayah
yang sudi luangkan masa utk bersama meraikan aku.
ayah ambil cuti dari menjaga peperiksaan SPM
demi menghadiri hari konvokesyen aku.

memandangkan hari konvo aku jatuh pada hari Selasa,
hari Isnin tu aku dan keluarga check in di rumah maklong
aku di Seksyen 18 Shah Alam.

pagi sebelum ke UiTM
untuk pengetahuan,
setiap kali nak snap gambar dengan aku,
Aemeer Hamzah MESTI nak berada sama-sama dalam gambar.
adik bongsu cemburu kakak sulongnya dapat perhatian lebih hari tu.
inilah keluarga aku,
seronok sangat bila semua ada!
:)
selepas sesi bergambar,
kami bergerak ke UiTM.

Acara bermula sekitar jam 8.30 pagi.
dan tamat sekitar 11.30 pagi.

perasaan naik stage tu nervous jugak lah,
kasut aku hampir tercabut sebelum turn nama aku dipanggil,
aku tak sure gambar convo aku yg pegang skrol
depan naib canselor tu ok ke tak,
sebab aku tak sempat lagi ambil gambar tu.

handphone aku pulak mati sebab bateri low.
sebaik sahaja aku keluar dewan,
aku rasa nak menangis...
tengoklah berapa juta rakyat, 
-.-'
 
mak aih~
ramainyaaaaaa..
macam mana nak cari ibu ayah dan adik-adik ni?
-.-'
handphone pun mati.
aku boleh berdoa jelaaa.
hmmmm
sebelum handphone aku mati,
aku sempat bagi nombor telefon kak dila kat adik aku,
Alhamdulillah,
syukur aku terserempak dengan kak dila dan azreen.
Tuhan tolong aku.
tak lama selepas try call family,
angah call kak dila.
:)

dan kami pun selamat berjejak kasih.
nampak je family aku sedang tunggu aku,
rasa sebak menerpa,
rasa nak ghiau tang tu jugak baq angggg!
:')
taadaaaa~
angah dan Azry datang ke arahku sambil memberikanku bunga.
TERIMA KASIH
:)

one more snap!
:)

here's my IBU!
IBU kaklong dunia akhirat.
wanna cryyyyy..
:')
**btw, look at Aemeer Hamzah, heheh

And this is my AYAH.
AYAH kaklong dunia akhirat.
:')
thanks ayah for everythinggg!
u the besttttt!

**Asyraf pun jeles ke ape tu?
:P

itu yg kat hujung tu kak dila aku,
dia masa ni masih belum jumpa mak dia.

inilah semua ahli keluarga aku!
aku gembira sangat semua ada!
ya,
kami LAPAN beradik.
:)

i love them all.
:)

kak dila joined us.

nak tergelak bila ingat ragam Aemeer Hamzah.
:D

this is me with my parents and the heroes

anak sulong ayah dan bonda
tetap ada yg mencemburui,
si bongsu
:P

heheh,
siapa yg convo ni?
:D
seriously,
aku bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah
yang sangat tak ternilai ni.
:')

syukur dan terima kasih kepada semua yag selama ini
memberi sokongan dan dorongan utk aku meneruskan
perjuangan dan selesai menamatkan ijazah sarjana mudaku.

semoga master aku kali ini jugak berjalan lancar,
dipermudahkan dan selesai pada waktunya,
In Shaa Allah!
:)

dia seorang kaklong


The smile is the sign of THANKS to the Creator, Family, Teachers,
Friends, and all.
THANK YOU!
:)

sekian dulu buat kali ini,
Assalamualaikum.
:)

Wednesday 12 December 2012

4 BUNGA


Assalamualaikum..

dah lama rasenye tak jenguk blog,
tak tau lah sebab ape,
nak kata busy,
takdelah busy mane pun.

tapi sekarang hidup dah berubah sikit la,
perjalanan dah berubah.
:)

dulu student degree,
ramai kawan-kawan yg seangkatan,
sekarang dah sambung master,
kawan sekelas pu tak ramai,
adelah dalam belas orang je.

terasa beza belajar masa degree dengan master,
masing-masing ada best dan tak best nya.
biasa lah tu,
bukan senang nak senang.
:)

tapi semua ni pengalaman,
aku cuma niat nak enjoy this journey of my life,
in shaa Allah all is well and will be well.
aku sambung belajar pun lillahi ta'ala.
cukuplah Allah saja tahu niat hakiki aku.
aku sang sulong,
ramai lagi dibawah ku.
:)

apa-apa pun,
pengalaman menuntut ilmu sedari sekolah PASTI,
sekolah-sekolah rendah, sekolah-sekolah menengah, 
(sekolah-sekolah sebab aku banyak pindah sekolah),
matrikulasi, uitm (masa degree),
 memang best!
memang tak dapat lupa!
serius,
semuanya mainkan peranan yg hebat pada diri aku.

saat aku masih kat Shah Alam,
dan kawan-kawan seangkatan yg dikenali di UiTM Shah Alam ni
masing-masing dah bekerja,
terasa rindu sangat pada kenangan-kenangan lama.
sungguh!
rindu sangat!
=.='

so,
semalam sambil belek-belek handphone,
tengok gambar-gambar lama,
rindu benooooor rasenye.

so,
jom layan gambar kami masa ambil jubah sebelum konvo hari tu.

ni masa maka durian kat Tasik Shah Alam,
Kak Ina belanja,
terima kasih Kak Ina.
:) 

yg pinkish tu Azreen, yg purplish tu Kak Ina.
dah nak jadi isteri orang dah Kak Ina,
bulan 4 tahun 2012,
in shaa Allah.
ni aku dengan Kak Dila aku.
:)

sebelum makan durian kat tasik,
kami pergi makan ABC Seksyen 2.
yang ini Alep belanja.
:)

Kak Ina rindu sangat ngan ABC ni,
maklumlah, tak jumpa ABC mcm ni dekat Sarawak nun.

lama dah tak makan sama-sama Azreen

ni aku, aku memang lah pencinta makanan

ni kak dila,
cantik kan?
hehehe
okay,
aku tengah kerja sebenarnya ni,
tapi curi sikit masa sementara takde pelanggan.
btw, aku kerja part time dekat kedai printing,
kat Kolej Seroja.
dan, boss aku baik! 
:)

syukur,
semuanya nikmat.
Alhamdulillah.
:)

sekian dulu,
Assalamualaikum.

Tuesday 10 July 2012

makaroni bakar !

Assalamualaikum..

kali ni aku nak cerita pasal makaroni bakar.
:)

straight to the point,
pasal tgh exam week.
sampaikan apa yg nak disampaikan sahaja.
budget berbuku sepanjang masa.
HAHA
:D

okay.
tahu ni apa?

bahan-bahan yang aku gunakan :

makaroni
 bawang merah 2 biji
cili 5 biji
daging kisar
serbuk kari
tomato
2 biji telur
1 cawan susu low fat
garam
gula
mayonis
sos cili
cheese

rebus makaroni tersebut.
dek kerana kat rumah sewa ni takde periuk besar,
kira aci ah aku rebus dalam kuali.
:) 
selepas dah rebus,
toskan air rebusan.

sementara tu,
aku blend kan telur dan susu low fat untuk dibakar
bersama makaroni ni nanti.

so, sekarang masa untuk
sediakan topping makaroni bakar.
jom ! 

bawang merah yg sudah pun dipotong dadu
dan cili yg sudah dirindit.
macam biasa,
aku suka pedassss !
:)

ini daging kisar.
:)

sebenarnya topping ni ikut suka selera la nak buat macam
mana-mana sekali pun ter ber.
memandangkan aku duduk rumah sewa kat shah alam ni,
aku pakai apa yg ada laa ye.
:)

cara aku :

mula-mula aku tumiskan bawang merah bersama cili tadi.

kemudian aku masukkan rempah kari 2 sudu,
dan masukkan daging kisar.

lepas tu aku masukkan sos cili sikit.

lepas tu balance kan garam dan gula secukup rasa.

bagi aku, aku tak nak kuahnya kering sgt atau pun cair sangat,
sedang-sedang macam kat bawah ni.

tadaa~
kalau ada cendawan butang pon sedappp !
:)

okay,
next.

susunkan makaroni yg telah masak direbus tadi
ke dalam tray atau bekas.
lepas tu,
tuangkan susu dan telur yang telah di blend tadi
ke serata makaroni tersebut.
lagi banyak lagi lemak lagi bestttt
tapi agak-agak laaa ye
:)


lepas tu,
letakkan kuah topping yg dah dimasak tadi
atas makaroni yg telah disusun tadi.

lepas tu pret kan la mayonis atas kuah tadi.
ikut kreatif awok-awok laa ye.
:)

then,
bakar 15-20 minit.

okay,
lepas siap di bakar,
keluarkan,
 untuk letakkan cheese pulak.
sebelum tu aku susunkan tomato yang telah dipotong.
:)

**untuk lebih economic,
aku cuma beli cheese keping,
kemudian potong panjang-panjang.
mozzarella or cheese yg mahal-mahal bagai tu.
jimat pun jimat !
:) 

then bakar la lagi sekejap,
dalam 5 minit ke untuk cairkan cheese.
:)

maka,
sedia untuk di santap !
:)


okay,
gambar ni bila mana situasi aku letak 
sekeping cheese tanpa potong.
peh !
memang terbaek !
:)


okay,
selamat mencuba !
wassalam.
:)

Saturday 30 June 2012

Ikan Keli Goreng Berlada !


assalamualaikum..

hari ni aku masak ikan keli
goreng berlada.
:)

ini ikan apa?

hee
ini ikan keli,
kak ina yg teringin nak makan ikan ni.
masa pergi giant semalam dia ambil ikan ni,
so, aku fahamlah maksud dia.
:P

ikan keli ni maklong aku punya petua,
basuh guna limau dengan garam,
untuk buang lendiran dia.
:)

lagi satu petua,
hiris sikit kat tengkuk ikan ni,
nanti ada jumpa yg ketulan warna merah hati,
buang ketulan tu.

kalau tak buang tu yg ikan jd hanyir la ape la,
sebab tu aku tak boleh makan ikan ni 
yang jual kat kedai kadang-kadang.
rasa lain macam.
-.-'

cili merah, cili padi dan bawang besar siap untuk di blend.

tadaa ~
ikan tadi dah siap digoreng.
:)

lepas goreng ikan,
aku tumiskan bahan-bahan yg telah di blend tadi
bersama sedikit minyak.

masukkan sesudu kecil gula,
aku biarkan hingga cili tersebut masak.

agak-agak cili dah masak,
aku masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.

kemudian aku campurkan ikan yang sudah digoreng tadi.

maka,
tadaaaa ~
siappp !
:)

ready to be served !
:)

sekian,
wassalam.

Spaghetti Waha !

assalamualaikum..
selamat hari sabtu semua !
:)

dah lama rasanya tak memanjakan diri dengan blog,
rindu jugak di hati nak update blog.
hee

semalam aku masak spaghetti !
sebelum ni aku tak pernah minat pun makan
spaghetti, mungkin sebab sebelum-sebelum
ni aku makan yang tak kena dengan selera aku.
-.-'

tiba-tiba,
nak dijadikan cerita,
aku makan spaghetti yg di masak oleh best friend aku,
Wahadatul Arta'iah,
pehh !
rase dia lain macam,
kena pulak dengan selera aku !
HAHA
:D

**ini serius ye Waha ! bukan bodek, sebab
tekak aku memang tak berapa nak omputeh sangat.
so, bila yg tak kena dengan tekak aku memang 
tak boleh blah la..
:P

***

okay,
macam biasa,
memasak tu terapi jiwa aku,
aku main masak-masak spaghetti semalam.
:)

here we go ! 

ini bahan-bahan aku main masak-masak semalam.
:)

okay,
we go one by one.

ini adalah bawang besar yang telah dipotong dadu

ini pula ialah tomato yang jugak telah dipotong dadu.

manakala ini ialah cendawan butang yg telah aku potong kecil

sebabkan aku suka pedas,
aku tambah cili padi ni.
hehe

daging kisar,
aku prefer daging berbanding ayam
:)

dan ini sos spaghetti kimball cendawan

ini spaghetti halus - angel hair

cara-caranya :

untuk menyediakan kuahnya,

1. tumiskan bawang yang telah dipotong dadu. 
2. kemudian, masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi.
3. masukkan cili padi, cendawan butang, dan daging kisar.
4. masukkan sedikit sos cili.
5. masukkan sos spaghetti tu.
6. agak-agak daging tu dah masak, masukkanlah garam secukup rasa.
siappp !
:)

untuk menyediakan spaghetti,

1.rebus jela spaghetti tu,
masukkan sedikit planta dan garam.
2. agak-agak dah masak, toskan dan bilas la spaghetti tersebut.

maka spagetti sudah siap sedia untuk dimakan.
:)


tadaaaa ~

resepi ni aku belajar dari Waha !
sebijik mcm mana yg aku tengok dia masak.
ada pedas-pedas gituh !
so far, aku suka resepi yg ini !
:)

sekian,
wassalam.