Sunday 15 January 2012

Asam Pedas Ikan Mayong !

salam
semalam adik aku datang dari Tanjung Karang.
dia membawa bekalan ikan-ikan dari kampung
seperti yang aku dan housemates kirim,
minta tolong untuk Mak Ndak belikan ikan
di Tanjung Karang sebab ikan kat Tanjung Karang
murah berbanding di Shah Alam.
:)

ada macam-macam jenis mak belikan.
ikan mayong, kerisi, keli, bawal putih,
sotong dan udang dan 1 jenis ikan tu
au tak dapat kenal pasti namanya.
heheh

pagi tadi aku bukak peti ais,
nampak ikan mayong ni.


masak asam pedas mayong ni pon okay jugak !
:)


siap ada telur lagi,
aku memang suka sangat telur ikan !
hu 

lepas masak nasi goreng pagi tadi,
aku terus masak lauk asam pedas ikan mayong,
so that boleh terus study lepas breakfast.
:)


Asam Pedas Ikan Mayong

cara-cara :

1. aku kisarkan cili kering, bawang merah, dan halia.

2. aku tumis serai yang telah di titik bersama
bahan yang telah dikisarkan tadi.

3. setelah menumis,
aku masukkan 2 cawan air,
air asam jawa,
dan garam + gula secukup rasa.

4. agak-agak dah cukup rasa,
dah menggelegak kuah tersebut,
aku masukkan ikan.

5. setelah nampak isi ikan dah masak,
baru aku masukkan telur dan tomato.

6. aku masukkan sedikit lada hitam
yang telah aku tumbuk halus.
setelah cukup rasa,
tutup api.
siap !

:)

sekian,
wassalam.

Thursday 12 January 2012

Rapuh



Rapuh
Opick

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

         



Thursday 5 January 2012

Mek belanja !

salam
hari ni mek belanja kami
makan pizza hut
cheesy 7 bites
best !
:)


beli tapau
 makan kat rumah
baru nikmat dan puas !
:)


2 large ultimate cheesy pizzas
30% off with maybank debit card
jimat !
:)


chicken pizza


and this is the pepperoni pizza


kenyang sangat!
:)

thanks mek !
thanks kak dila !
thanks kak ina !
sayang korang semua !
persahabatan sampai syurga,
insyaAllah !
THANK YOU ALLAH !
:)



***



last but not least,
untuk para sahabat sekalian :
:)







***



untuk final,





insyaAllah !
:)

sekian,
wassalam.





Tuesday 3 January 2012

Solat Sunat Taubat.


1. Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)

2. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

3. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

4. semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),


Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

5. selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,


Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
6. dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,


Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Sunday 1 January 2012

Doa Selepas Solat



“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh
alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang
menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMu
segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran
zatMu dan agung kekuasaanMu”

“Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu,
syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.”


“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan
dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah
kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari
sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu
dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”


“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah,
Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk
junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu
juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.

Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami
memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami
pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta
kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam
pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu
daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang
mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan.
Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha
Berkuasa.”



“Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan
dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami
daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita,
Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat
semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat
kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan,
kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji
semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.”

mungkin sudah tahu,
tapi tak semestinya faham dan mengerti.
sama-sama kita belajar.
:)

Pencarian


sesungguhnya aku sedang belajar.
belajar membaiki diri.
aku sedar kekurangan diri ini.



selepas ber-blog walking tadi,
aku ada temui beberapa cara yang aku rasakan
penting untuk dapatkan solat yang khusyuk.

1.Bersedia ketika wuduk

sungguh aku baru tahu yang setiap anggota yang 
dikenakan wuduk itu diikuti dengan doa tersendiri.
begitu kemas Islam itu.

Bermula dengan membasuh muka.
doa yang di baca ialah Ayat 106, Surah Al-Baqarah.
semasa itu kita berdoa pada Allah semoga
diputihkan muka dengan cahaya solat.

doa sewaktu membasuh kedua tangan hingga ke siku,
"Ya Allah buku catatan amalanku dari sebelah kanan."

kemudian, doa sewaktu membasuh kepala,
"Aku memohon naungan-Mu Ya Rabbi pada hari 
yang tiada naungan selain naungan-Mu"

dan yang terakhir,
doa sewaktu membasuh kaki hingga ke buku lali,
"ya Allah mudahkanlah aku menyeberangi titian sirat nanti"

sungguh kemas Islam itu.
Allahu Akbar !


2. Memahami bacaan

aku berazam nak hafal makna surah.

contohnya, memilih ayat yang paling berkesan di hati seperti,
Inna shalati, wa nusuki, wa mahyaya, wa mamati,
lillahi rabbil 'alamin.
(sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku,
adalah milik Allah Tuhan semesta alam)

selain tau makna surah,
aku juga berazam nak hafal makna setiap ungkapan dalam solat
seperti contoh makna bacaan ketika duduk di antara dua sujud.


3. Tepis dunia seketika

satu lagi masalah dalam nak menikmati solat yang khusyuk
ialah apabila fikiran terasa amat berat untuk menepis dunia biarpun sekejap.

"beribadat kepada Allah seakan-akan engaku melihat-Nya,
jika engkau tidak mampu melihat-Nya,
sesungguhnya Allah melihatmu."

Berdiri di hadapan Allah ketika solat umpama berdiri
di hadapan Allah ketika hari untuk di hisab dan di timbang,
sedang kita menunggu dengan penuh rasa kesal.

Sujud dan rukuk mencerminkan ketakutan dan pengharapan
atas keputusan Allah kepada kita dengan mengingatkan
suasana di mana saat menyeberangi titian sirat.


4. Solat yang terakhir

Jika solat yang di lakukan tersebut kita tahu adalah
solat yang terakhir kita, pasti kita tidak akan mensia-siakan
peluang tersebut.

kekuatan penghayatan dalam bersolat dapat disempurnakan
dengan sentiasa mengingati mati, azab dan nikmat kubur.
tiada siapa yang tahu waktu ajal,
bayangkan ketika solat tersebut, 
malaikat maut sedang berada di belakang kita.



***

semoga aku tabah dan tidak
putus asa dan harap dalam pencarian ini.

Oh Allah !
aku sedang berusaha Ya Allah.
bantulah aku.
matikanlah aku dalam Islam dan Iman.
janganlah Kau ambil nyawaku sebelum sempat aku bertaubat.
sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang yang zalim.
Ampuni aku.
Amin.



2012 !

seronok dapat tengok bunga api kat i-city hanya dari rumah !


hari ini 1 January 2012.
tak terasa masa berlalu,
cepat benar rasanya.

bulan May nanti aku dah 22 tahun.
tak sangka aku dah menghamipi 22 tahun.
22 tahun tu takda kena mengena pun dengan soal kahwin.
=.='

soal belajar,
dah masuk tahun akhir.
tinggal 1 semester lagi.
dan cabaran pun makin mencabar.
Alhamdulillah,
satu persatu sudah berjaya ditempuhi.

Tahniah Nurul Syahida.
you the best !
:)

tak akan terganti setiap kenangan 2011.
semoga yang lebih baik menanti pada tahun 2012 ni.
insyaAllah, Amin.
:)

azreen yang pilih gambar ni, mungkin ada nilai tersendiri bagi dia. HAHAH !