Saturday 3 December 2011

Keribang ?

pagi tadi,
aku dan kakak-kakak kesayanganku
( kak Dila dan kak Ina )
ke Pasar Seksyen 6, Shah Alam.

gambar dari google.

ini merupakan kali pertama kami menjejakkan kaki
di Pasar Seksyen 6 ini.
excited sangat !
terutamanya aku la,
selalunya aku pergi pasar dengan ibu je,
pergi sendiri belum pernah.
:D

gambar dari google.
kami membeli 4 jenis ikan iaitu ikan kerisi,
ikan selar, ikan cencaru dan ikan sardin.
semua keempat-keempat jenis tersebut berharga 
RM21.
:)


selepas membeli ikan,
kami berjalan ke bahagian sayur-sayur pula.
kami beli kobis, tomato dan pucuk keribang.
pucuk keribang?

gambar dari google..hehe
mesti dah dapat teka apa itu keribang.
:)
Kak Ina berasal dari Betong, Sarawak.
menurut kak Ina, 'Pucuk Keribang' 
adalah sebutan bagi orang Sarawak.
kalau orang bandar Sarawak pulak panggil
'Pucuk Bandong'.
Orang kita kat semenanjung panggil,
'Pucuk Ubi'.
:)

Kak Ina cakap,
dia suka makan pucuk ubi ni.
kami pun teringin nak makan sayur kegemaran kak Ina.
:)

lepas tu,
aku ternampak tempe.
aku bercadang nak masak sambal tempe,
dengan ikan bilis dan kacang.
semua perbelanjaan untuk sayur adalah RM8.

sebelum balik,
kami singgah di kedai makan
berdepan dengan Pasar Seksyen 6 tu
dan kami beli nasi lemak.
:)

***


ini cara kak ina masak
PUCUK UBI :


bak kata kak ina,
orang Sarawak biasa tumbuk pucuk ubi ni,
supaya posturnya lagi halus.
tapi kak ina cakap,
dia lebih suka yang tak berapa nak halus.


kemudian kak ina tumbuk
4 biji cili api, sedikit ikan bilis, bawang dan belacan.


kemudian kak ina tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi.


dan kemudian masukkan pucuk ubi tadi dan sebatikan.
masukkan garam sesedap rasa.
maka siaplah sayur Pucuk Bandong Kak Ina.
:)


***


sambil kak Ina masak sayur tu, 
aku masak sambal tempe kering.

ikan bilis di goreng.

kacang pun di goreng.

tempe goreng.

cili kering yang sudah dikisar bersama bawang,
aku tumis dengan sedikit minyak.
aku tambahkan sedikit gula dan air asam jawa 
serta sedikit garam secukup rasa.
haha
macam kelakar je aku guna istilah 'secukup rasa'.
:P


bila aku rasa sambal tu dah masak dan kering,
aku masukkan ketiga-tiga bahan yang telah siap
di goreng tadi ke dalam kuali
dan aku sebatikan mereka.
maka juadah hari ini telah siap !

sambal tempe tu boleh tahan sampai
banyak hari.
:)

Ya Allah,
berkatilah rezeki yang telah Engkau
berikan kepada kami,
dan jauhkanlah kami dari azab api neraka-Mu.
Amin.

sekian,
terima kasih !
:)

9 comments:

  1. hey x-asbkl gurl... rjin msak.. huhu... nice! =D

    ReplyDelete
  2. eh? kau pun ex-asbkl ke? sekejap aku stalk ko ! :P

    ReplyDelete
  3. hah ! aku dah tau ! kau haizul ! :)

    ReplyDelete
  4. wow ! sedapnya..kelakar la cara eed tulis..anyway..kalau M masak nnt lg sedap..tggu study week

    ReplyDelete
  5. hahaha..=D kantoi sudaa.....

    ReplyDelete
  6. M : yelaa..study week laa baru muncul.. =.='

    ReplyDelete
  7. haizul : well, i'm a good and brilliant stalker :P

    ReplyDelete
  8. izyan : yelaa..aku dah lame tau yang aku dah boleh kawen :P hahah

    ReplyDelete