Saturday 29 October 2011

telur mata kerbau !


memandangkan hari ini hari sabtu,
hari cuti,
hari memanjakan diri,
aku bagi peluang pada diri aku nak makan apa yang diidamkan.
:)

gambar dari google
seperti tajuk tertera di atas,
aku cuma teringin nak makan
telur mata kerbau.

tetapi bukan sebarangan telur mata kerbau,
aku teringin sangat nak makan 
telur mata kerbau yang kurang masak,
memandangkan aku kurang suka telur putih,
aku suka telur mata kerbau yang putihnya garing sedikit,
dan yang kuningnya cair..
peh !
lebih kurang macam ni la..gambar dari blog orang..

keinginan aku langsung tak mencabar kesabtuan aku kan?

cakap senang laa..
beberapa kali aku practice masak telur mata kerbau seperti yang aku idamkan tu,
kebanyakan cubaan tu,
pasti aku fail..
=.='
HAHAH :D
tak perlu emosi wahai nurul,
tenang !
:)

yelaa..mana tak emosi..

baru pecahkan telur pun dah terpecahkan sekali kuningnya,
telur dadar lah alamatnya.

lagi, bila guna minyak sikit sangat, macam takda minyak pulak,
kering kuali, telur melekat,
apa lagi, pecah laa..

salah budget pun ada..
bila minyak dah okay,
aku pulak bantai goreng lama-lama,
kononnya nak bagi telur putih garing sikit,
sekali dengan telur-telur kuning garing..

kadang-kadang,
bila nampak telur banyak lagi dalam peti ais,
aku try laa lagi..
hehe
yang tak jadi tu aku bagi pada orang lain.
tak membazir.
:)

gambar dari google jugak..

bukan senang bagi aku untuk menunaikan hajat dan keinginan diri yang ini.
=.='


tetapi,
siapa tak kenal
NURUL SYAHIDA BINTI ABDUL HALIM
mana pernah kenal erti putus asa,
ececeh..he

selepas beberapa experiments,
aku dah kenal pasti cara menggoreng telur mata kerbau kurang masak idaman aku.
:)

  1. baca bismillah.
  2. pecahkan telur dalam bekas lain dulu..sebab aku memang yakin kalau aku terus pecahkan telur ke dalam kuali, pasti hancur kuningnya ! hehe..strategi kena baek :)
  3. panaskan kuali, isikan sedikit minyak dalam kuali..ratakan minyak..supaya telur tidak melekat ke permukaan kuali..
  4. bila minyak sudah diyakini panas, barulah tuangkan telur yang sudah dipecahkan tadi, dengan cermat dan berhemah, jangan campak, nanti tak ayu laa..
  5. agak-agak dah garing sikit putih telurnya, boleh laa dibalikkan telur tersebut, perlu diingat, jangan dibiar lama-lama, lepas tu terus angkat.
  6. maka berkat memulakan sesuatu dengan bismillah, maka siaplah telur mata kerbau idaman aku. :)

wajah kegembiraan hamba.
Alhamdulillah
:)

***


lagi perkaitan  aku dan telur mata kerbau kurang masak ini :

telur sebegini (telur mata kerbau kurang masak) adalah telur kegemaranku.
kalau pergi makan kat kedai makan mana-mana,
aku minta nasi goreng apa pun lah,
aku akan tambah telur mata kerbau kurang masak.
lagi dari google. hahah

tetapi,
tak semestinya yang sampai kat aku tu sebijik macam telur kegemaran aku,
tapi aku takdehal..
:)

yelaa..takkan aku nak explain sebijik-jibik,
kuningnya cair,
putihnya garing,
silap-silap dia bawa aku ke dapur dia pulak,
'masak sendiri kak'
haa..
taknak aku..
:P

kadang-kadang yang langsung masak pun ada..
memang aku bagi orang laa..
tak berapa sukaa laa..
=.='

khasiat telur,
biasalah..
telur kan protein,
memanglah berkhasiat..
HAHAH
:D

tapi,
tidak dinafikan, telur rebus separuh masak lebih berkhasiat,
kata pun rebus, takda minyak.

tapi, 
jangan tak tau,
putih telur yang aku tak berapa suka tu melegakan
apabila kita melecur atau kulit terbakar
dan juga menghilangkan parut pada kulit.
ha..
rugi kau nurul..

sekian,
wassalam.
:)

2 comments:

  1. laa eed. orang nak tengok telur mata kerbau buatan eed. hihii

    ReplyDelete
  2. nak tau tak jee,,lepas je eed post entry ni..terus pi goreng tau..peh malu ! tak jadi ! hahahak :D

    ReplyDelete