Sunday, 1 January 2012

Pencarian


sesungguhnya aku sedang belajar.
belajar membaiki diri.
aku sedar kekurangan diri ini.



selepas ber-blog walking tadi,
aku ada temui beberapa cara yang aku rasakan
penting untuk dapatkan solat yang khusyuk.

1.Bersedia ketika wuduk

sungguh aku baru tahu yang setiap anggota yang 
dikenakan wuduk itu diikuti dengan doa tersendiri.
begitu kemas Islam itu.

Bermula dengan membasuh muka.
doa yang di baca ialah Ayat 106, Surah Al-Baqarah.
semasa itu kita berdoa pada Allah semoga
diputihkan muka dengan cahaya solat.

doa sewaktu membasuh kedua tangan hingga ke siku,
"Ya Allah buku catatan amalanku dari sebelah kanan."

kemudian, doa sewaktu membasuh kepala,
"Aku memohon naungan-Mu Ya Rabbi pada hari 
yang tiada naungan selain naungan-Mu"

dan yang terakhir,
doa sewaktu membasuh kaki hingga ke buku lali,
"ya Allah mudahkanlah aku menyeberangi titian sirat nanti"

sungguh kemas Islam itu.
Allahu Akbar !


2. Memahami bacaan

aku berazam nak hafal makna surah.

contohnya, memilih ayat yang paling berkesan di hati seperti,
Inna shalati, wa nusuki, wa mahyaya, wa mamati,
lillahi rabbil 'alamin.
(sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku,
adalah milik Allah Tuhan semesta alam)

selain tau makna surah,
aku juga berazam nak hafal makna setiap ungkapan dalam solat
seperti contoh makna bacaan ketika duduk di antara dua sujud.


3. Tepis dunia seketika

satu lagi masalah dalam nak menikmati solat yang khusyuk
ialah apabila fikiran terasa amat berat untuk menepis dunia biarpun sekejap.

"beribadat kepada Allah seakan-akan engaku melihat-Nya,
jika engkau tidak mampu melihat-Nya,
sesungguhnya Allah melihatmu."

Berdiri di hadapan Allah ketika solat umpama berdiri
di hadapan Allah ketika hari untuk di hisab dan di timbang,
sedang kita menunggu dengan penuh rasa kesal.

Sujud dan rukuk mencerminkan ketakutan dan pengharapan
atas keputusan Allah kepada kita dengan mengingatkan
suasana di mana saat menyeberangi titian sirat.


4. Solat yang terakhir

Jika solat yang di lakukan tersebut kita tahu adalah
solat yang terakhir kita, pasti kita tidak akan mensia-siakan
peluang tersebut.

kekuatan penghayatan dalam bersolat dapat disempurnakan
dengan sentiasa mengingati mati, azab dan nikmat kubur.
tiada siapa yang tahu waktu ajal,
bayangkan ketika solat tersebut, 
malaikat maut sedang berada di belakang kita.



***

semoga aku tabah dan tidak
putus asa dan harap dalam pencarian ini.

Oh Allah !
aku sedang berusaha Ya Allah.
bantulah aku.
matikanlah aku dalam Islam dan Iman.
janganlah Kau ambil nyawaku sebelum sempat aku bertaubat.
sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang yang zalim.
Ampuni aku.
Amin.



No comments:

Post a Comment