Sunday 15 January 2012

Asam Pedas Ikan Mayong !

salam
semalam adik aku datang dari Tanjung Karang.
dia membawa bekalan ikan-ikan dari kampung
seperti yang aku dan housemates kirim,
minta tolong untuk Mak Ndak belikan ikan
di Tanjung Karang sebab ikan kat Tanjung Karang
murah berbanding di Shah Alam.
:)

ada macam-macam jenis mak belikan.
ikan mayong, kerisi, keli, bawal putih,
sotong dan udang dan 1 jenis ikan tu
au tak dapat kenal pasti namanya.
heheh

pagi tadi aku bukak peti ais,
nampak ikan mayong ni.


masak asam pedas mayong ni pon okay jugak !
:)


siap ada telur lagi,
aku memang suka sangat telur ikan !
hu 

lepas masak nasi goreng pagi tadi,
aku terus masak lauk asam pedas ikan mayong,
so that boleh terus study lepas breakfast.
:)


Asam Pedas Ikan Mayong

cara-cara :

1. aku kisarkan cili kering, bawang merah, dan halia.

2. aku tumis serai yang telah di titik bersama
bahan yang telah dikisarkan tadi.

3. setelah menumis,
aku masukkan 2 cawan air,
air asam jawa,
dan garam + gula secukup rasa.

4. agak-agak dah cukup rasa,
dah menggelegak kuah tersebut,
aku masukkan ikan.

5. setelah nampak isi ikan dah masak,
baru aku masukkan telur dan tomato.

6. aku masukkan sedikit lada hitam
yang telah aku tumbuk halus.
setelah cukup rasa,
tutup api.
siap !

:)

sekian,
wassalam.

2 comments: