Wednesday 3 August 2011

pengalaman 1 Ramadhan !

Salam Ramadhan.
:)

1 Ramadhan yang lalu,
tokngah ku di Kedah sana telah kembali ke rahmatullah.
Al-Fatihah.


Lepas sahur,
ibu dan ayah pergi menziarahi keluarga di sana dengan membawa tok dan tokwan,
serta keluarga paklong.

Sebagai kakak yang sulung,
aku diamanahkan untuk menjaga adik-adikku sementara
ketiadaan ibu dan ayah.

Ramadhan pertama merupakan cabaran hebat buat adik-adikku,
terutamanya Nurul Auni Fitreesya.
(Auni - 7 tahun)
bongsu perempuan.
dan 
Nurul Amylea Maisara.
(Sara - 9 tahun)
Sara dan Auni

Sara cool je.
bagus adik kaklong.
:)

Auni pulak termenangis pukul 4 petang.
sakit perut, katanya.
biasa lah tu.
:)

sewaktu aku sedang memasak bagi menyediakan juadah berbuka,
Auni datang ke dapur.

auni : kaklong............auni haus..............
kaklong : sabar lah sayang...nak dekat berbuka dah...kita kan puasa...
tak baik cakap haus...

dialog yang lebih kurang sama berulang dalam dua tiga kali jugak lah.
=.='

lepas tu,
auni : kaklong......auni haus.....
kaklong : minum jelah sayang......
auni : ??? (tercengang)

auni geleng kepala.
jawapan macam tu lebih berkesan nampaknya.
HAHAH
:D






***





sebaik azan berkumandang,
kami pun berbuka puasa dengan setiap seorang adik aku,
aku bagi sebiji kurma.
Alhamdulillah.
:)



then,
MAKAN.



***



lepas berbuka,
ibu called.


auni dan sara cakap dengan ibu.
macam-macam diorang complained.
komen tentang masakan aku.
=.='

antaranya :


daging kambing black pepper.
pedas sangat !
=.='

telur dadar
biasa jela.
no comment.

begedil?
huh.
malas banyak cerita.
failed !
=.='



HAHAH
:D

mendengarkan satu persatu komen mereka,
aku hanya jawab,
"kaklong pun puasa"
wekk :P


***


lepas tu,
aku pun masak semula daging tu.
bubuh air
sampailah
masakan tu dah tak pedas.

then,
mereka makan semula.
Alhamdulillah.
mereka boleh makan.
takda complain dah
:)



***



inilah dia.
auni

Auni dengan Muhammad Aemeer Hamzah




***



second day puasa,
aku lebih bersedia.

HOHO
:D

Auni masih lagi merengek hari ini.
:)



Alhamdulillah.
semua berjalan lancar.
:)




ibu called lagi selepas berbuka.
kali ini masakanku dipuji.
:)


auni : ibu..kaklong masak sedaap......
(bla..bla..bla..)
tersenyum aku.
:)


tib-tiba..

auni : ibu,tadi auni nangis..
syaitan yang ganggu auni..
syaitan cakap, "minumlah..minumlah.."
tapi auni tak minum pun ibu.


auni..auni..
:)




***



third day of Ramadhan,
Alhamdulillah dapat bersahur dengan ibu dan ayah.
:)



terima kasih adik-adik kaklong !
:)

No comments:

Post a Comment