Friday 26 August 2011

rindunya !

hari ini Jumaat,
26 Ogos 2011,
bersamaan 26 Ramadhan,
adik-adikku yang berada di kejauhan akan mula bercuti dan
pulang ke rumah.
:)

sebagai kaklong,
aku sangat teruja dan tak sabar !
tak sabar nak jumpa angah, 
**agaknya apa buah ole-ole angah untuk kaklong?
;)

angah belajar di Politeknik Sultan Idris Shah,
Sabak Bernam.
kaklong pun tak sabar nak jumpa azry,
**dah hampir setengah tahun tak jupe deyi..
rindunyaa !
=.='

Azry belajar di salah sebuah pondok di Kok Lanar,
Kedah.
kepada asyraf yang dah 2 minggu tak jumpa,
**kaklong pun rindu serap dugak !,
bak kata aemeer.
:)

Asyraf belajar di sekolah berasrama,
SMK Jengka 12, Pahang.
Angah dan Azry akan naik bas ke Kuantan dari tempat masing-masing.
kaklong doakan semoga perjalanan kalian adik-adik akan berjalan lancar
dan selamat sampai ke destinasi yang di tuju,
insyaAllah.
:)

Kepada Asyraf,
sabar menanti di pintu pagar macam selalu ye?
nanti ayah, ibu, kaklong, abang dan adik-adik yang lain datang,
dan kita akan pulang ke Kuantan sama-sama,
insyaAllah.
:)

dan,
kepada adik-adik yang ada kat rumah ni :
Afnan, abang sulong.

Sara dan Auni

Aemeer Hamzah

kita akan berpuasa bersama-sama semua ahli keluarga kita.
tak sabar, kan?
:)

walaupun kita hanya dapat berpuasa bersama-sama sekeluarga
hanya lebih kurang 3 hari sahaja lagi,
tapi kita gunalah peluang yang tinggal ini untuk merebut sebanyak
pahala dan ganjaran yang boleh.
jangan biarkan Ramadhan berlalu dengan sia-sia.
InsyaAllah,
hidup kita sekeluarga akan dirahmati Allah.
Amin.
:)

tak sabarnya nak berkumpul semua kita 8 beradik dengan ibu dan ayah.
HAPPY FAMILY FOREVER !
InsyaAllah.
:)

No comments:

Post a Comment