Semalam aku makan dodol,
Kak Ina bawak.
dodol perisa durian, dari Melaka.
sedap sangat !!!
:)
aku memang suka dodol sangat-sangat !
aku pun tak pasti sebenarnya kenapa aku
suka sangat makan dodol.
lagi-lagi nak dekat raya,
ramai orang duk jual dodol.
aku mesti tiba-tiba teringin nak makan dodol.
kalau on the way balik kampung,
berhenti rehat sekejap dekat RnR,
ada nampak khemah orang jual,
aku pesan dodol kat ibu aku.
:)
aku suka sangat kalau dodol tu tak keras sangat,
tak liat sangat, sedang-sedang je.
manis pun sedang-sedang.
:)
lama kelamaan ibu aku perasan yang
aku suka makan dodol.
ibu pernah tanya aku,
"along suka makan dodol ye?"
aku,
"suka !"
ibu sambung,
"along tau, masa mengandungkan along,
ibu mengidam makan dodol laa.."
aku,
"padan laaa.."
:)
inilah ibuku yang mengandungkan aku selama 9 bulan, dan mengidamkan dodol semasa mengandungkan aku. :) |
sayang ibu !
:)
hee..rupanya ibu yang ajar aku makan dodol
sejak aku dalam perut lagi.
mungkin sejak dalam perut aku dah rasa
yang dodol ni sedap,
sebab tu aku suka sampai sekarang.
hehe..mungkin !
:)
ye,
sampai sekarang aku suka !
hmm,
nanti satu hari,
aku nak belajar buat dodol laa.
:)
No comments:
Post a Comment