Friday 2 December 2011

Istana Budaya !

  

Pada hari Selasa (29th Nov 2011),
aku dan rakan-rakan sekumpulan
telah pergi ke Istana Budaya.
Istana Budaya terletak berdekatan dengan 
Tasik Titiwangsa, di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Tujuan kami ke Istana Budaya adalah untuk membuat
kajian tentang cara pihak Istana Budaya 
mengurus dan menyelenggara bangunan tersebut.
Bangunan tersebut bercirikan kebudayaan Melayu.
Istana Budaya mula dibina pada tahun 1995,
dengan kos sebanyak RM210 juta yang mempunyai
keluasan 5.44 hektar serta keluasan lantai 21,000 meter persegi.
Istana Budaya menjadi salah satu kebanggaan kita,
kerana Istana Budaya adalah sebuah panggung yang pertama di Asia
yang mempunyai mekanisme pentas yang tercanggih untuk pementasan teater.


***


kami sekumpulan tiba di perkarangan Istana Budaya
dalam pukul 12 tengahari.
selepas makan tengahari dan solat zohor,
kami telah di bawa oleh seorang staff di Istana Budaya
untuk melewat Panggung Sari.
Panggung Sari merupakan panggung utama di Istana Budaya.

Suhaimi, Kak Ina, Kak Dila, Aku, Azreen dan Mek.
Kami berenam dah merasa duduk di Pentas Panggung Sari. :)
sementara menunggu Engineer yang bertugas untuk
memberi taklimat kepada kami,
kami mengisi masa lapang dengan aktiviti kegemaran iaitu :

aku dan azreen,
ada jugak si jejaka yang bajet hot (suhaimi)
menyebok.

ini jela kerja kami di masa lapang.

satu-satunya jejaka dalam kumpulan kami.

Suhaimi tak ikhlas amik gambar, ikut dan je. :P
dek kerana Suhaimi jealous, asik-asik dia yang takda dalam gambar,
aku mengalah.

ye aku jadi photographer ye? :)

tengok, gambar yang aku snap semua cun-cun ! 


 it's my time. ;)


***

okay,
masa sudah untuk kami mendengar taklimat dari 
Encik Engineer, Encik Saiful Izudin.
:)
inilah encik engineer bersama Tuan Haji,
sedang memberi taklimat kepada kami berkaitan
kehebatan pentas Istana Budaya.

di dalam bilik mesyuarat.

bagus kan kami? tekun mencatat maklumat.

***

pendek kata,
kami suka site pilihan kami ini.
:)

kami berharap semoga hasil kerja kami
disukai oleh Puan Pensyarah.
Permudahkanlah segala urusan kami.
sesungguhnya kami sedang mencuba
 sehabis baik kami Ya Allah.
Amin Ya Allah.


***


selingan,
ini gambar first presentation untuk semester 5 ini.
:)

semoga next presentation akan
berlangsung dengan jayanya,
insyaAllah !
:)

kak dila, aku dan azreen.

nurul syahida

sekian,
terima kasih.
:)

3 comments:

  1. I love u
    I love this post
    I love my group

    ReplyDelete
  2. kite lagi sayang akak !
    kite sayang kumpulan kita ! <3

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. saya dari usm. sedang membuat sedikit kajian tentang costing berkaitan istana budaya. boleh saya tahu serba sedikit tentang construction istana budaya ini?

    ReplyDelete