Friday 24 February 2012

Cupcake Kaklong !


Assalamualaikum..

hari ni tak tahu kenapa rajin sangat pulak nak update blog.
sampai 3 entry aku post termasuk entry yang ini.

Memandangkan sewaktu cuti semester kali ni aku
sibuk duk membuat cupcake coklat untuk adik-adik aku
bawak ke sekolah buat jual.

bunyi macam kelakar je kan?

memang aku rasa kelakar pun.
sekali adik aku bawak ke sekolah, habis laku di jual.
Sara bawak ke sesi pagi,
manakala Auni bawak  ke  sekolah untuk sesi petang.
kedua-duanya habis.
HAHA !
:D

mana tak mendorong aku untuk jual lagi, ha
dengan adik-adik aku yang sibuk-sibuk bawak list name
kawan-kawannya yang membuat tempahan lagi.



maka percubaan jualan hari pertama telah
menjadi batu lonjakan untuk aku menjadi supplier,
bagi menyediakan cupcake setiap hari untuk mereka jual.

aku siap pesan kat adik-adik aku,
jangan jual di kantin sekolah,
nanti makcik-makcik kantin marah,
sebab semua orang nak beli cupcake kita,
nanti jualan makcik-makcik tak laku.
**melampau**
:P



aku izinkan adik-adik aku bawak maximum 12 bijik cupcake 
setiap seorang untuk di jual setiap hari.

sepanjang perniagaan,
pernah jugak aku mendapat tempahan 22 bijik cupcake
oleh satu kelas budak darhjah 5 Ibnu Sina.
wah ! gitu ~
:)

okay,
cakap panjang pun tak guna,
yang orang nak tau adalah resepinya,
bukan bebelan aku.



RESEPI CUPCAKE KAKLONG

Bahan A :

Gula 1 1/2 cawan
Minyak 1 cawan
Esen Vanila 1 camca kecil
Telur Gred C 3 biji 
Serbuk Coco 1 cawan
Susu Cair 1 cawan

Bahan B :

Tepung Naik Sendiri 2 cawan
Bicarbonat Powder 1 camca kecil
Baking Powder 1 camca kecil

Bahan C :

Air Panas 1 cawan


CARA-CARANYA :

1. putarkan gula dan minyak.
Sambil memutar, masukkan esen vanila dan
masukkan sebiji demi sebiji telur.
Kemudian masukkan satu persatu Bahan A 
(serbuk coco dan susu cair)

2. Seterusnya, masukkan Bahan B, 
dan teruskan memutar.

3. Agak-agak dah sebati, 
masukkan satu-satunya Bahan C 
(air panas 1 cawan) 

4. Putar sehingga adunan sebati.
maka adunan telah siap untuk di bakar
suhu oven aku 130'C dan aku bakar selama 20 minit,
api atas bawah.

**aku sarankan, korang yang nak cuba resepi aku ni,
try tengok-tengok jugak cupcake korang waktu membakar.
pasala ade pengalaman kawan aku, hangit katanya.
:P



okay,
sekian sahaja buat kali ini.
selamat mencuba !
yang baik itu dari Allah,
dan yang sebaliknya adalah atas kekurangan aku sendiri.
wassalam !
:)

No comments:

Post a Comment