Friday 24 February 2012

Tugasan dari ayah - rendang asam ikan pari !


Assalamualaikum..

Hari ini bersamaan hari jumaat, 24 Febuari 2012,
aku telah dikejutkan dengan tugasan oleh ayah.

tak silap aku,
tadi aku telefon ayah,
aku cakap kat ayah,
"kat rumah takda lauk, ayah beli lah lau dah siap masak ye?"
sambil gelak-gelak.
malas sebenarnya nak masak hari ni.
-,-


dalam kepala otak aku,
aku ingat ayah aku beli nasi ayam ke,
memang untunglah badan..hikhik

akan tetapi,
ayah bawak balik paru lembu dan jugak ikan pari !
tadaaa ~

memanglah bagi yang dah pandai masak dan yang
hebat masak tu langsung tak rasa apa yang aku rasa.
aku rasa ini cabaran.
HAHA !
:D

agaknya ayah aku hendak menguji kelayakan
aku samada dah boleh kawin ke belum, ?
bisik hati gatal aku.
HAHA ! 
:D

okay ini mengarut.

aku tahu..ayah nak mengajar aku memasak
berjenis-jenis masakan.
takda laa nanti setiap hari masak lauk yang sama je.
sebab yang lain aku tak pernah masak.
-,-

ayah siap bagi arahan berbunyik begini,
"along, paru ni along masak la goreng berlada,
pastu ikan pari tu along masak rendang asam.."

inilah ikan pari tersebut,
ini sebelah ikan pari tersebut yang telah dipotong 2.

aku yang mendengar arahan tersebut terus berkerut dahi,
apa pulak masakan rendang asam ikan pari ni??
kalau paru goreng berlada tu aku tau laa..
ini rendang asam ikan pari..
tak pernah pulak aku dengar, 
adoy !
-,-

tak fikir panjang,
aku terus tanya ayah,
"apa tu??"

ayah pun terangkan.
memandangkan ayah orang kedah,
orang sana panggil 'goreng' tu 'rendang'.
so, aku dah dapat bayang dah macam mana
nak masak ikan pari aku ni.

mula-mula aku potong ikan pari ke bentuk 
cube segi empat kecik-kecik,
kemudian aku gorengkan.
:)

selepas itu aku tumiskan bawang dan cili padi
secara berasingan  dan aku masukkan air asam jawa 
yang pekat dan likat.
agak-agak dah menggelegak, aku masukkan gula dan
garam secukup rasa aku,
dan akhirnya aku campurkan ikan pari goreng tadi
ke dalam bawang, cili padi dan air asam jawa tadi.
siaplah rendang asam ikan pari.
:)

ini lah rendang asam ikan pari aku..
HAHA ! :D
ok what, percubaan pertama.


ini pulak peparu yang telah aku rebus
dalam periuk tekanan ibu aku,
senang guna periuk ibu tu,
15 minit je dah empuk peparu ni !
senang sikit kerja aku nak potong peparu ni nanti !
:)

aku masak peparu ni macam biasa je,
goreng berlada je.
tadaa ~


sayur pulak aku masak sayur sawi rebus je..
malas suda ~
-,-

sempatlah aku masak bila ayah dan adik-adik
pulang dari solat jumaat.
:)

itu sahaja aku nak cerita,
sangat hairan dengan nama
'rendang asam ikan pari',
rendang ayam ke daging ke itik ke,
dah biasa laa..

okay,
sekian sahaja,
semoga kita tidak mensia-siakan Jumaat yang mulia ini.

sekadar berkongsi,
as a saying,
"grass is always greener on the other side"

aku tertarik dengan pepatah tersebut.
memang betulkan?
kita sebagai manusia selalunya melihat apa yang ada
pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

ini bermakna kita masih belum pandai bersyukur,
kita masih belum pandai merasa cukup.
Sesungguhnya apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita,
percayalah Allah telah tentukan yang terbaik.

dan

hanya mata yang diselaputi dengan nafsu yang tidak
dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.

renung-renungkan..

sekian,
wassalam !
:)

No comments:

Post a Comment