Thursday 17 November 2011

Pengalaman pertama di asrama (ASBKL)

bila perasaan tak menentu aku suka ingat balik peristiwa-peristiwa
sangat memberi kesan pada diriku.
:)

kali ini,
aku nak cerita balik pengalaman pertama aku tinggal di asrama.

pada tahun 2003,
bersamaan dengan umurku 13 tahun,
tingkatan 1,
aku mendaftarkan diri di salah sebuah asrama yang tersohor namanya,
Asrama Semai Bakti Felda Kuala Lumpur.


hari pendaftaran itu hari sabtu,
aku ingat lagi.

aku dihantar oleh ibu dan ayahku.
perasaan gementar menyelubungi diriku.
tempat baru, orang baru, susasana baru.
semua bermain di fikiranku.
sungguh aku gementar.


selepas siap mendaftar,
ada kakak senior menunjukkan aku dan ibu ayahku ke dorm aku.
dorm berapa ya?
aku pun tak berapa ingat,
AB06 mungkin?
dorm hujung sekali, berdekatan dengan tandas dan bilik basuhan.

selepas mendapatkan katil,
ibu mengemaskan barang-barangku ke dalam locker.
dan ibu letakkan Al-Quran atas locker.
ibu pesan, bacalah Al-Quran selalu.

selepas siap mengemas barang,
aku dan ibu berjalan di sekeliling asrama,
tujuan untuk mengetahui apa lagi kemudahan yang tersedia.

selepas beberapa ketika,
warden memanggil semua ibu bapa dan pelajar untuk sedikit taklimat.
dan selepas itu adalah detik yang sangat aku taknak ia berlalu,
iaitu kepulangan ibu bapa dan penjaga.


***


untuk pertama kali aku tinggal di asrama,
ibu dan ayah sudah pulang.
aku terus berlari naik ke dorm sebaik sahaja 
kereta ayah meninggalkan perkarangan asrama.
sebak sangat waktu itu !


aku rasa ditinggalkan,
seorang,
sunyi,
aku kecil lagi.
boleh ke?
aku sendiri dekat sini,
mampukah?
tapi,
hebatnya aku,
aku tak menangis pun.
kawan-kawan yang lain ada yang dah menangis,
teresak-esak pun ada,
sebaik sahaja ibu bapa mereka pulang.

aku naik ke dorm,
aku duduk di katil,
hanya aku ada di dorm tersebut.


sebelum otak aku fikir yang lain-lain,
aku cari telekung kat mana ibu aku simpan,
zohor pun dah masuk,
aku pergi ke surau, solat.
lama aku duduk di surau,
kalau-kalau ada orang yang boleh dibuat kawan.
aku memang suka mencari kawan.
aku tak suka sendirian.

tapi semua pun buat tak nampak dekat aku,
mungkin masing-masing orang baru.
lepas je mereka solat,
mereka terus keluar dari surau,
balik ke dorm.
=.='

tak boleh jadi,
aku kena ada kawan,
nanti sunyi laa aku kalau takda kawan.
tak bestnya !!


masuk dorm,
aku seorang je dalam dorm tu,
senior-senior belum pulang.
mereka dikhabarkan akan pulang pada keesokannya, ahad.

sedang aku pura-pura mengemas buku,
(dah tak tau sangat nak buat ape)
tiba-tiba aku didatangi oleh sepasang kembar,
mona dan wani.
mereka sangat peramah !
:)

mereka memperkenalkan diri mereka,
dengan bangganya mereka memberitahu aku yang mereka kembar.
aku seronok !
aku dah ada 2 kawan.
:)

dia mengajak aku berjalan ke dorm lain untuk berkenalan.
dan kami dah membuat kawan.
:)

tapi,
masakan aku boleh lupa terus perasaan rindu yang teramat buat keluargaku.
tetap rindu,
walaupun sudah tidak keseorangan.

masa mandi,
aku bukak paip kuat-kuat,
dan aku menangis sekuat-kuatnya.
seperti yang dirancang.
sama kuat aku menangis dengan bunyi air yang jatuh menghempas lantai.
dengan harapan takde seorang pun tau aku menangis.

peristiwa itu berulang sehingga hari selasa,
selepas solat maghrib berjemaah,
aku laju-laju turun sambil membawa buku untuk terus ke dewan prep.
berbekal duit syiling yang aku simpan,
aku mendekati public phone yang melekat di tepi tangga.
aku mendail no handphone ayah,
aku jadi berdebar-debar.

sebaik mendengar suara ayah di talian,
aku sebak.
:(


tak terkata.
aku rindu mereka.


***

selepas peristiwa itu,
aku tak telefon ibu ayah lagi,
aku takut nanti aku menangis lagi.
teresak-esak ditengah ramai,
malu !

tapi, 
selepas selesai solat maghrib pada hari khamis,
namaku di announced dan diminta turun segera kerana ada pelawat.
aku sarungkan baju kurung dan tudung,
lekas-lekas aku turun bawah,
tak sangka yang datang melawat aku itu ialah
ibu, ayah, adik serta maklang dan paklangku.

dari jauh aku nampak kelibat ibu,
laju-laju aku lari dan peluk ibu,
sambil menangis.
sedu-sedan.

oh.
rupanya aku tidak hebat mana.
aku diantara orang pertama yang dilawat.
ibu ayahku dari Pahang,
datang ke Kuala Lumpur,
semata-mata risau akan aku selepas panggilan tempoh hari.
begitu hebat pengorbanan seorang ibu dan seorang ayah.
sungguh aku tak sangka.
ibu dan ayah ambil cuti rehat khas semata-mata untuk melawat aku,
ibu dah tak sanggup nak tunggu sampai hujung minggu.

selepas peristiwa itu,
aku menjadi seorang yang lebih tabah.
:)


2 comments:

  1. eed........!! kamu di tag oleh saya... :P
    ce tengok link nih
    http://zalinarazali.blogspot.com/2011/11/candid-time-contest-by-muna.html

    ReplyDelete
  2. bestnya kisah ni!
    tingat semasa acik di afjb dulu
    http://tunetalk13.blogspot.com/

    ReplyDelete