Wednesday 27 July 2011

Ikan Jantan Bunting ?

‘ Fenomena ikan jantan yang berubah secara fisiologi mempunyai ciri- ciri kebetinaan 
dimana ia mula membina protein yang terlibat di dalam pengeluaran telur oleh ikan betina 
dan berlaku perkembangan peringkat awal telur di dalam testes di kesan,  kejadian ini 
dikaitkan dengan kehadiran bahan estrogen (pil perancang keluarga) di 
dalam sungai ’

ini adalah berkaitan :
PELUPUSAN UBAT-UBAT


ini merupakan salah satu kesan daripada cara pelupusan ubat yang tidak betul.

sekiranya hal ini tidak dikawal,
ia akan terus memberi kesan buruk kepada alam sekitar,
terutama sekali hidupan seperti manusia dan haiwan.

Oleh itu,
adalah penting bagi kita semua tahu cara melupuskan ubat dengan cara yang betul.

Sebelum menjalankan pelupusan ubat,
kita dinasihatkan :

- Membuang label pada bekas ubat bagi 
melindungi maklumat sulit berkaitan 
kesihatan anda.

- Tidak berkongsi ubat dengan orang lain. Ini 
adalah kerana keperluan ubat - ubatan 
bagi setiap individu adalah berbeza. 

CARA-CARA PELUPUSAN UBAT-UBATAN 
YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN OLEH SEMUA :

1. Elakkan dari mengepam (flushed) sisa ubatan ke 
dalam lubang tandas melainkan terdapat arahan 
yang membenarkan anda berbuat demikian.


2. Sekiranya tiada arahan pelupusan tercatat pada
 label ubat, sisa ubat boleh dibuang ke 
dalam tong sampah dengan cara: 

•  Mencampurkan ubat tersebut dengan hampas teh 
atau kelapa. Ini adalah untuk mengelakkan dari
 ubat-ubatan tersebut digunakan semula oleh
 orang lain dan diambil oleh kanak-kanak
 atau haiwan peliharaan.

•  Campuran ini dimasukkan ke dalam “sealable bag”,
tin kosong atau dalam bekas lain yang boleh 
ditutup ketat supaya tidak tumpah. 

3. Sisa ubat-ubatan tersebut boleh di hantar ke
 jabatan-jabatan farmasi di hospital 
dan klinik kerajaan di mana: 

•  Sisa ubat tersebut akan dibuang ke 
dalam tong sisa klinikal.

• Tong sisa klinikal ini akan di hantar ke 
pusat pembakaran  (incinerator) di 
mana ubat-ubat ini akan dibakar
pada suhu 1100°C. 

• Proses ini dikawal selia 
oleh Jabatan Alam Sekitar.

TAKE NOTE !
ubat yang mengalir dan larut dalam air,
apabila air tersebut diguna pakai semula oleh kita,
kesan ubat tersebut akan memberi kesan terhadap diri kita.

SO ,

ubat-ubatan yang sudah tidak digunakan lagi
perlu dilupuskan dengan cara yang betul.

:)

No comments:

Post a Comment