kata-kata seperti :
" Jangan bimbang, semuanya di tanggung beres "
dan sama maksud dengannya
adalah dikesali dan ia sebaik-baiknya tidak diucapkan oleh orang Islam.
ini kerana,
ia menampakkankejahilan berkenaan Islam yang ketara lebih-lebih lagi adalah akidah, tauhid dan kekuasaan Allah.
sebagai hamba Allah yang serba kekurangan dan lemah, kita sebaik-baiknya tidak mengatakan sesuatu kerja ataupun setiap projek yang dirancang pasti berjaya kerana kejayaan usaha dalam usaha dan rancangan itu bergantung pada kehendak dan kekuasaan Allah.
Justeru, kita perlu "mengalas" atau menyandarkan ucapan dengan perkataan
" insyaAllah "
Al-Quran ada menerangkan dalam surah Al-Kahfi, ayat 23 dan 24 :
And never say of anything, "Indeed, I will do that tomorrow,"
Except [when adding], "If Allah wills."
And remember your Lord when you forget [it] and say,
"Perhaps my Lord will guide me to what is nearer than this to right conduct."
Dan janganlah kamu berkata berkenaan sesuatu, " saya akan lakukan perkara itu esok, "
kecuali jika dikehendaki oleh Allah.
:)
Ayat itu jelas mengajar kita supaya menyebut perkataan " insyaAllah "
bagi setiap urusan yang dilakukan pada masa hadapan.
dalam buku " Dato' Dr Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian ( Edisi Kemas Kini ) "
ada mengongsikan sebuah cerita berlaku pada suatu masa dahulu berkaitan seorang lelaki yang mempunyai dusun buah-buahan.
Apabila mendapati buah-buahan di kebunnya sudah masak, beliau siap sedia dan terus ke dusun bagi mengutip buah-buah yang masak.
semasa dalam perjalanan, beliau bertemu dengan seorang teman yang bertanya,
" saudara hendak ke mana? "
Lantas beliau menjawab,
" Hendak ke dusun memetik buah. "
Kemudian sahabatnya berkata,
" Sebaik-baiknya katakanlah InsyaAllah. "
Beliau membalas,
" Apakah perlu menyebutnya kerana saya sudah pasti buah-buah itu sudah masak, hanya perlu memetiknya sahaja."
Beliau terus berlalu dan menuju ke dusunnya.
Sebaik sahaja sampai ke dusun, beliau terperanjat apabila tiada sebiji pun buah yang masak.
Beliau menyangka ia sudah dicuri, lalu beliau pun pulang dengan perasaan hampa dan penuh penyesalan.
Maka,
kerapkanlah mengucapkan ungkapan InsyaAllah berkaitan sesuatu yang belum pasti.
:)
No comments:
Post a Comment