Tuesday, 19 July 2011

Membaca Ayat Al-Kursi Selepas Solat.





Nabi Muhammad SAW berkata,

“Siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya masuk Syurga melainkan dia mati.”

Hadis tersebut menyatakan kelebihan membaca ayat al-Kursi selepas solat.
Siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardu
maka,
 tidak ada apa yang dapat menghalangnya daripada masuk Syurga
kecuali mati.
iaitu,
 tidak ada syarat lain untuk dia masuk Syurga
 melainkan
 dia perlu menghadapi kematian.



 Perkara yang ada di antara seseorang itu dengan Syurga hanyalah maut,
seolah-olah maut itu berkata :
 ‘Kamu kena melepasi aku dahulu sebelum masuk Syurga.’

 (Lihat : al-Taysir Bisyarh al-Jami’ al-Saghir, 2/844)

sesungguhnya,
Rasulullah bersabda,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" 

No comments:

Post a Comment