Betul kah pedapat yang mengatakan orang miskin akan masuk syurga beratus tahun lebih dahulu daripada orang kaya pada hari akhirat?
Ya !
Memang betul !
Aku ada baca dalam sebuah buku dan aku berminat untuk kongsikan bersama berdasarkan pembacaan aku terhadap buku
"Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian (Edisi Kemaskini )"
Ia bukan sahaja pendapat, bahkan sudah menjadi kenyataan berdasarkan keterangan-keterangan yang wujud dalam Islam.
Ini kerana,
orang kaya akan menghadapi banyak masalah ataupun persoalan berkenaan kekayaan yang di miliki,
sedangkan orang miskin tidak banyak masalah berkaitannya.
Menurut pendapat penulis,
adalah lebih baik menjadi orang miskin yang tidak susah daripada menjadi orang kaya yang tidak senang.
Walau bagaimanapun, berikut adalah hadis yang menerangkan berkenaan hal ini :
" saya melihat di dalam syurga, kebanyakan penghuninya adalah golongan susah dan saya perhati di dalam neraka, kebanyakan penghuninya adalah kaum hawa."
" Orang susah masuk syurga awal 500 tahun sebelum orang kaya, iaitu bersamaan separuh hari."
" Wahai Tuhan ! Hiduplah saya dalam keadaan miskin dan matikanlah saya dalam keadaan miskin dan tempatkanlah saya dalam kumpulan orang yang miskin pada hari kiamat nanti."
Dan banyak lagi keterangan yang menunjukkan kelebihan dan kebaikan orang miskin.
Tetapi,
jangan pula seseorang itu sengaja mendedahkan dirinya bagi tujuan menjadi orang miskin.
Apa yang di maksudkan di sini adalah mereka yang sama-sama berusaha dan bekerja seperti orang lain juga, tetapi nasibnya kurang baik ataupun mungkin di takdirkan oleh Allah hidup dalam keadaan miskin.
Namun mereka tabah, sabar dan sekali-kali tidak melakukan perkara yang di murkai Allah,
malah mereka redha dengan ketentuan Allah dan berpada-pada dengan apa yang ada.
No comments:
Post a Comment