Thursday 14 July 2011

sayang ibu !

hari sabtu 2 july 2011,
ibu aku telah terlibat dalam satu kemalangan.
waktu kejadian aku tiada di sisi ibu.
aku sedang menjalani latihan industri di shah alam.
:(

aku dengar melalui telefon je.
aku imagine melalui apa yg di beritahu dalam telefon je.

"muka ibu terbakar, bulu kening habis, bulu mata habis menjadi kontot.."

aku tak sabar nak balik !
nak jaga ibu aku !

***

pada 8 july (jumaat) merupakan tarikh terakhir latihan industri aku.
memandangkan ibu aku baru menghantar adik kedua aku
masuk mendaftar ke Politeknik Sabak Bernam pada hari Khamis,
ibu aku stay sehari di kampungku Tg Karang bagi menunggu aku.
So that, kami sekeluarga boleh balik ke Pahang bersama.


***

petang jumaat itu,
ibu dan family yang lain ambil aku di PKNS 
(tempat practical aku)

terok !
mau tak melalak aku tengok muka ibu aku?
:'(

serius.
sebak tak menahan.

tak tau nak kata apa lagi dah.

tapi ibu aku kuat !

kak long sayang ibu !



***


ibu aku memang fobia nak masak.
kesian ibu.
=.=

kalau kat dapur,
ibu aku akan bukak tingkap luas-luas,
bukak pintu dapur luas-luas.

ibu fobia.

bagi menyelesaikan masalah ini,
orang dari gas petronas telah dihubungi bagi memastikan dan memeriksa 
apakah punca api menyambar muka ibu aku sabtu lepas.



ibu aku tengok dari jauh je pakcik ni buat kerja.
masih fobia.

tapi at least dapat kurangkan fobia ibu,
dan menambahkan keyakinan ibu untuk memasak di dapur.
lama-lama okay la tu kan?
insyaAllah
:)


***

kawan-kawan ibu aku jugak banyak bagi sokongan untuk ibu aku.
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN IBU !
:)

kawan-kawan ibu ada yang bagi ubat dan krim-krim sapu.
ramai jugak yg ambil berat dan bagi sokongan moral.
terima kasih sekali lagi.

hasilnya,
setelah seminggu :


Alhamdulillah
ibu saya sudah sihat,
sikit je lagi tunggu luka kering.
:)


***

Alhamdulillah.
setiap yang terjadi ada hikmahnya.

kulit muka ibu makin cun !
hehe
:D

bak kata orang,
buang sel kulit yang tak sihat,
ganti sel kulit yg baru.
itu yang kulit macam remaja tu.
ahaks ! :P


***

apa-apa pun,
kak long doakan ibu sentiasa sihat dan 
berada dalam keredhaan-Nya.

:)

i love you ibu !


2 comments: